Senarai nama pemain, pengadil M'sia dipantau agensi antirasuah
Senarai nama pemain, pengadil M'sia dipantau agensi antirasuah
Apr 21, 2017 | 2:22 PM
TANGANI RASUAH: Presiden Bola Sepak Malaysia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, (tengah) bergambar bersama pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Foto UTUSAN ONLINE -
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyerahkan senarai nama-nama dan butiran peribadi pemain dan pengadil bola sepak negara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut kenyataan SPRM, kesemua nama-nama ini akan dipantau rapi dan senarai itu turut mengandungi butiran peribadi pegawai pasukan dan juga kakitangan persatuan tersebut.
Menurut SPRM, senarai itu diterima dalam pertemuan pegawai tertinggi suruhanjaya itu bersama Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam (20 Apr). - Utusan Online

