Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PERLAWANAN AKHIR ARGENTINA LWN PERANCIS

'Sengit, tapi Argentina akan jadi juara'

Pilihan bekas pemain antabarangsa S'pura Yakob Hashim dan Noor Ali
Dec 18, 2022 | 05:30 AM



PERTEMBUNGAN akhir Piala Dunia Qatar 2022 antara Argentina dan Perancis akan sengit, tetapi pasukan Amerika Selatan itu akan menjadi juara dalam penampilan terakhir bintangnya Lionel Messi, kata dua bekas pemain antabarangsa Singapura.



Menjelang perlawanan akhir Qatar 2022 di Stadium Lusail malam ini, podcast sukan #NoTapis Extra Time terbitan Berita Harian/Berita Minggu mengulas tentang peluang kedua-dua pasukan itu untuk menjulang Piala Dunia ketiga mereka.



Argentina memenanginya pada 1978 dan 1986, manakala Perancis pada 1998 dan juara bertahan.



Seorang tetamu dalam podcast itu, bekas penjaga gol Singapura Yakob Hashim, berkata:



"Ia tidak akan menjadi perlawanan yang mudah... Tetapi, secara taktikal, Argentina adalah pasukan yang mampat. Mereka boleh melindungi satu sama lain semasa mempertahankan benteng.



"Peralihan mereka daripada pertahanan kepada serangan balas juga sangat cepat. Kepantasan mereka luar biasa. Serangan balas itulah yang membezakan mereka daripada pasukan lain."



Seorang lagi tetamu, bekas pemain midfield Singapura Noor Ali, pula berkata keupayaan jurulatih akan menentukan pemenang malam ini.



Argentina dipimpin Lionel Scaloni, yang pertama kali membawa pasukan La Albiceleste itu ke perlawanan akhir Piala Dunia.



Lapan belas bulan lalu, warga Argentina berusia 44 tahun itu membimbing pasukan negaranya menjuarai Copa Amerika di Brazil.



Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, 10 tahun lebih tua daripada Scaloni, dan tidak asing kepada tekanan perlawanan akhir. Beliau memimpin Perancis ke pentas akhir Kejohanan Euro 2016, meskipun kalah kepada Portugal.



Dua tahun kemudian, di Russia, beliau menjuarai Piala Dunia dan baru-baru ini menggondol mahkota Liga Negara-Negara Uefa.



"Jurulatih akan membezakan perlawanan ini, bukan pemain. Jika kita melihat permainan Argentina sepanjang kejohanan ini, Messi diberi peranan bebas dan banyak pasukan gagal menghalangnya.



"Taktik mereka bagus," ulas Noor, jurulatih kelab Liga Perdana Singapura Geylang International.



Namun, Yakob dan Noor akur pasukan Les Bleus juga mempunyai sengat mereka sendiri.



Noor menyifatkan Perancis sebagai "pasukan berdisiplin".



Sependapat, Yakob menekankan bahawa Argentina akan mengalami kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan Perancis yang padat, sebagaimana ditonjolkan mereka semasa separuh akhir menentang Maghribi.



Diminta meramal perlawanan malam ini, Noor menjangka saingan terikat selepas waktu tambahan, membawa kepada sepakan penalti yang diungguli Argentina.



Yakob juga meramalkan Argentina menjadi juara, dengan kemenangan ditentukan pada masa tambahan.



"Saya mahu melihat Messi menang Piala Dunia dalam perlawanan terakhir Piala Dunianya. Dia telah menang segalanya kecuali Piala Dunia.



"Malam ini, dia akan berikan bukan 100 peratus, malah 200 peratus untuk menang Piala Dunia bagi dirinya dan Argentina," tambah jurulatih bebas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >