Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Sentuhan emas silat berterusan... raih 7 emas pula di Kejohanan Asia

Dec 31, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS kejayaan di Sukan SEA awal bulan ini, pasukan silat Singapura melanjutkan prestasi cemerlang mereka menggondol tujuh pingat emas, dua pingat perak dan tujuh pingat gangsa di Kejohanan Pencak Silat Asia di Yanji, China, hujung minggu lalu.



Pencapaian yang menutup tirai tahun 2019 pasukan negara, lebih manis apabila Singapura merangkul gelaran negara kedua terbaik Asia, di belakang juara keseluruhan kejohanan Vietnam (12 pingat emas, lapan pingat perak dan dua pingat gangsa).



Juara dunia Sheik Farhan Sheik Alau'ddin turut dinobat sebagai atlit lelaki terbaik di edisi kelima kejohanan Asia yang berlangsung dari 25 hingga 29 Disember itu.



Sheik Farhan, 22 tahun, muncul juara selepas mengalahkan pesaing Vietnam Nguyen Van Tri 5-0 dalam perlawanan akhir kelas J tanding putera.



Pemenang pingat emas di Sukan SEA 2019, Muhammad Hazim Mohd Yusli, menunjukkan keunggulannya, menjuarai kelas B tanding putera.



Singapura yang juga meraih pingat emas dalam seni regu putera di Sukan SEA, turut beraksi cemerlang di kejohanan Asia minggu lalu hasil kemenangan trio Muhammad Nazrul Mohd Kamal, Hamillatu Arash Juffrie dan Muhammad Iqbal Abdul Rahman.



Muhammad Iqbal, pemenang pingat perak dalam acara seni tunggal putera di Sukan SEA di Filipina, memperbaiki persembahan dalam acara tersebut untuk meraih pingat emas keduanya di China minggu lepas.



Srikandi negara Nurul Suhaila Mohd Saiful dan Nurzuhairah Mohd Yazid menebus kegagalan di Sukan SEA dan bangkit mengaum dalam acara masing-masing di kejohanan ini.



Nurul Suhaila, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2019 menewaskan lawan dari Malaysia Siti Shazwana Ajak 5-0 dalam kelas D tanding puteri manakala Nurzuhairah, yang gagal mempertahankan pingat emasnya di Sukan SEA, kembali di arus kejayaan menjuarai acara seni tunggal puteri.



Srikandi Singapura Siti Khadijah Mohd Shahrem turut menyumbang kepada 'lombong' emas negara selepas mengalahkan pesaing Vietnam Le Thi Van 3-2 dalam kelas C tanding puteri.



Di Kejohanan Pencak Silat Asia 2018 di Kashmir, India, Singapura mengutip tujuh pingat emas, tujuh pingat perak dan lapan pingat gangsa.



Ia sekaligus mengakhiri edisi kejohanan itu di tempat kedua di belakang juara Vietnam.



Mengulas persembahan anak buahnya sepanjang tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican memberitahu Berita Harian (BH):



"Kami telah bersaing dalam banyak kejohanan sepanjang 2019. Ada suka dan duka dari segi persembahan atlit.



"Tetapi, secara keseluruhan, saya tetap berpuas hati dengan persembahan atlit kami dan pencapaian yang mereka hasilkan - termasuk menyumbang pingat untuk negara di Sukan SEA."



Tahun 2020 menjadi tahun genting bagi pasukan silat negara dengan berlangsungnya Kejohanan Dunia Silat di Sarawak, Malaysia pada Julai tahun depan.



"Kami akan terus melatih atlit kami untuk mencapai tahap seterusnya dan menghasilkan atlit mantap dengan keputusan hebat pada 2020."




PANDANGAN CEO PERSIS SHEIK ALAU’DDIN YACOOB MARICAN...



  • Prestasi 2019

“Kami telah bersaing dalam banyak kejohanan sepanjang 2019. Ada suka dan duka dari segi persembahan atlit. “Tetapi, secara keseluruhan, saya tetap berpuas hati dengan persembahan atlit kami dan pencapaian yang mereka hasilkan – termasuk menyumbang pingat untuk negara di Sukan SEA.”



  • Azam 2020

“Kami akan terus melatih atlit kami untuk mencapai tahap seterusnya dan menghasilkan atlit mantap dengan keputusan hebat pada 2020.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >