Topik diikuti
Pergi ke BHkuSentuhan semarak bola sepak setempat
Pengerusi baru Tampines Rovers ghairah mahu cetuskan semula keseronokan peminat
Jan 11, 2016 | 5:30 AM
Sentuhan semarak bola sepak setempat
BELIAU 'menyambar' bukan satu, dua atau tiga tetapi sehingga sembilan pemain utama dari pasukan LionsXII yang dibubarkan, mendapatkan bekas Pemain Terbaik Dunia, Ronaldinho, untuk menubuhkan akademi bola sepaknya di Singapura dan jika segalanya berjalan lancar, memenuhi impian yang lama dipendam Liga-S untuk menyaksikan bekas bintang Liga Perdana England beraksi di sini.
Itulah antara pencapaian menakjubkan Krishna Ramachandra dalam tempoh singkat sebagai pengerusi Tampines Rovers sejak mengambil alih jawatan itu daripada Teo Hock Seng pada November tahun lepas.