Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Senyap-senyap Kante 'gergasi' di padang

Pemain midfield Perancis jarang diberi tumpuan tapi muncul antara tunggak penting skuad Chelsea julang mahkota Liga Juara-Juara
Jun 07, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Tidak seperti kebanyakan pemain moden, beliau tidak pernah dipilih untuk menyertai akademi bola sepak kelab profesional semasa usia kecil.



Namun perkara tersebut bukanlah penghambat untuknya menjadi antara yang terbaik di dunia.



Meskipun sering cuba mengelakkan diri daripada menjadi tumpuan utama, namun selepas persembahannya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara baru-baru ini, nama N'Golo Kante menjadi sebutan ramai.



Minggu lalu, Kante berjaya menunjukkan persembahan cemerlang semasa membantu Chelsea merangkul trofi utama Eropah selepas menewaskan Manchester City 1-0.



Beliau juga telah dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut di mana beliau sering mematahkan serangan lawan dan kemudian memulakan pergerakan untuk membalas serangan.



Dengan kemenangan itu, pemain antarabangsa Perancis itu telah pun mencapai tahap kecemerlangan yang hanya mampu diimpikan ramai pemain lain.



Pada usia 30 tahun, Kante telah pun dinobat juara Liga Perdana England (EPL) sebanyak dua kali selain menggenggam pingat Piala FA, Liga Europa, Liga Juara-Juara dan juga Piala Dunia.



Mereka yang mengenalinya sejak awal, rata-rata bersetuju bahawa tidak ada pemain lain sepertinya.



"Setiap kali beliau pulang ke Paris, beliau akan sentiasa bertemu kami," kata Karim El-Moudkhil, bekas jurulatih Kante, kepada AFP.



"Beliau bukan sekadar datang menjenguk kami, bahkan beliau akan meluangkan masa dengan kami, duduk makan bersama kami.



"Beliau juga tidak pernah menolak untuk mengambil gambar dengan semua orang dan juga bermain bola sepak dengan kanak-kanak."



Kante juga merupakan antara pemain bola sepak yang disukai dan dihormati ramai kerana perwatakannya yang merendah diri dan sopan, di dalam atau luar padang.



"Beliau bukanlah pemain yang suka meninggi diri, beliau tidak pernah berubah," tambah El-Moudkhil.



Rakan sepasukannya di Chelsea, Cesar Azpilicueta, turut memuji Kante dan menyifatkan pemain itu sebagai pemain midfield terbaik di dunia.



Kapten pasukan The Blues itu berkata: "Semestinya ya (beliau adalah yang terbaik di dunia). Beliau mampu melakukan segala-galanya.



"Sudah tentu, apabila beliau tidak di samping kami, kami akan merindukan beliau.



"Selepas memenangi Piala Dunia dan sekarang Liga Juara-Juara, beliau masih merupakan seorang yang rendah hati.



"Saya berkongsi gembira dengan kejayaannya, beliau adalah sebahagian besar pasukan ini dan saya sangat gembira kerana beliau berada bersama saya (di Chelsea) sejak beberapa tahun lalu." - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >