Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN: PIALA DUNIA

Sepak penalti... lain dulu lain sekarang

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



SEPAKAN penalti masa dulu dan sekarang sudah tidak lagi sama.



Dengan saingan Piala Dunia 2022 kini memasuki pusingan kalah mati, podcast #NoTapis Extra Time - sebuah podcast sukan terbitan Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) - baru-baru ini berbincang tentang evolusi sepakan penalti.



Dua aksi pusingan 16 pasukan terakhir minggu ini - Jepun lawan Croatia dan Maghribi menentang Sepanyol - terikat 1-1 selepas waktu tambahan 120 minit dan tendangan penalti menjadi penentu kemenangan.



"Saya fikir jika membandingkan sepakan penalti antara dulu dengan sekarang - dulu, sepakan dikawal oleh pergerakan penendang tetapi sekarang ia bergantung kepada pergerakan penjaga gol," kata penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir, antara undangan podcast kali ini.



"Sebab sekarang, saya lihat, sama ada dalam Liga Perdana Singapura atau Piala Dunia, apabila pemain mengambil sepakan penalti, mereka akan tunggu pergerakan penjaga gol sebelum mereka memutuskan arah tendangan mereka.



"Tetapi, berbeza dengan jurulatih masa dulu, yang cakap, 'Pilih satu tempat dan kekal kepada sudut itu dan jangan ubah fikiran," jelasnya.



Bekas penjaga gol Singapura, Yakob Hashim, seorang lagi tetamu, sependapat dan memberi contoh penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic, yang berjaya menyelamatkan tiga penalti Jepun untuk membawa pasukannya ke suku akhir.



"Apa yang saya lihat daripada gerak-geri penjaga gol Croatia adalah dia mengacah penendang untuk mengelirukannya.



"Menggunakan badannya, dia bergerak ke kiri sedikit sebelum tendangan untuk membuat lawan fikir dia akan ke kiri.



"Oleh itu, penendang sebaliknya pilih untuk menyepak ke kanan dan apabila dia berbuat sedemikian, penjaga gol dapat meneka arah bola dan berjaya menyelamatkannya," kata Yakob, yang kini melatih bola sepak di akademi dan sekolah-sekolah.



Namun, beliau juga menyedari bahawa sepakan penalti tiga pemain Jepun itu lemah, membuatkan Livakovic mampu lincah bergerak untuk menghalang rembatan.



Azmir menambah bahawa trend sepakan penalti sekarang juga menyaksikan pemain menyepak ke bahagian tengah gawang.



"Sebanyak 70 hingga 90 peratus tendangan penalti sekarang banyak yang ke tengah. Saya fikir kenapa mereka berani? Sebab dulu, kami selalu dipesan jangan tendang ke tengah dan menyepak ke tepi," kongsi beliau.



Ini termasuk sepakan penalti pemain Maghribi, Achraf Hakimi, semasa menentang Sepanyol.



Tendangannya itu penting kerana dapat menentukan kemenangan Maghribi.



Tetapi, meskipun dalam keadaan tertekan, Hakimi melakukan sepakan gaya 'panenka' dengan menguis bola untuk mengelirukan penjaga gol.



Sepakannya tidak dirembat kuat ke tengah gawang tetapi berjaya melepasi Unai Simon.



Yakob menambah:



"Kebanyakan pemain sekarang suka menyepak penalti pada saat akhir sebab mereka tahu penjaga gol akan bertindak dulu.



"Apabila penjaga gol sudah bertindak dan memilih satu arah, ia sukar untuk mereka berpatah balik. Jadi pemain cuba ambil kesempatan itu.



"Sepakan penalti sebegini melibatkan permainan minda... tetapi juga membawa risiko yang tinggi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >