Topik diikuti
Pergi ke BHkuSepak takraw 'masuk' universiti
Perses ganding dengan institusi pendidikan privet tawar kursus kejurulatihan profesional, buka laluan bagi pemain, jurulatih terus pertingkat kemahiran

TINGKAT ILMU: Bekas pemain nasional, Mohamad Fami Mohamed (dua dari kiri) dan jurulatih nasional Padzli Othman (empat dari kiri) antara peserta yang mendapat keterangan mengenai kursus profesional kejurulatihan sepak takraw daripada pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan Perses yang juga pengarah eksekutif pembangunan bisnes di SSTC, Mohd Heikal Yusope (dua dari kanan). Turut dalam gambar ialah (dari kiri) Raimon Budin (peserta), Khairul Samsol (peserta), Rohaizan Sarip (pensyarah), dan presiden Perses, Abdul Halim Kader. - Foto PERSES
Jan 28, 2018 | 5:30 AM
Sepak takraw 'masuk' universiti
SEMASA era kecemerlangannya, Mohamad Fami Mohamed antara pemain 'pengumpan' utama skuad sepak takraw negara.
Selain beraksi di lima temasya Sukan SEA, beliau turut dipilih mewakili Singapura di empat edisi Sukan Asia - Beijing (1990), Hiroshima (1994), Bangkok (1998) dan Busan (2002) - memenangi pingat gangsa di keempat-empat temasya sukan berprestij itu.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti