Topik diikuti
Pergi ke BHkuSepak takraw semakin mekar di Eropah
Premium
Sepak takraw semakin mekar di Eropah
Perancis anjur Kejohanan Eropah Ke-11 dan Kejohanan Antarabangsa pertama yang turut disertai negara terkuat di Asia
Sep 28, 2015 | 5:30 AM
Sepak takraw semakin mekar di Eropah
TUNJUK BAKAT: Penyerang Jerman, Sebastian Schrumann (jersi merah) cuba mengadang pukulan Kolonel Komkrit daripada pasukan Thailand dalam Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa De'France yang berlangsung pada 6 September lalu. - Foto-foto ISTAF -
PELUANG melihat sukan kampung sepak takraw berkembang dan mekar di Eropah dan satu hari nanti disertakan sebagai satu acara dalam Sukan Olimpik, kelihatan cerah apabila Perancis berjaya menganjurkan Kejohanan Eropah Ke-11 dan Kejohanan Antarabangsa yang turut disertai negara-negara gergasi dan terkuat dari Asia.
Harapan itu didedah dan dikongsi oleh Setiausaha Agung merangkap Pengarah Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Abdul Halim Kader, sekembalinya beliau dari Perancis baru-baru ini.
