Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPAK TAKRAW

Sepak takraw terima 'lampu hijau' anjur pertandingan

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Sepak Takraw Singapura (Perses) maju selangkah ke hadapan untuk mengembalikan persaingan sukan sepak takraw setempat, di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Kelmarin, badan sepak takraw negara itu mengumumkan bahawa ia telah diberikan 'lampu hijau' oleh Sport Singapore (SportSG) untuk menganjurkan dua pertandingan liga - Liga Perdana dan Liga Nasional.



Ini susulan kejayaan mengelolakan Percubaan Rintis Antara Regu Terbuka Lelaki pada 29 November, 5 dan 6 Disember tahun lalu, mematuhi pengurusan langkah keselamatan yang ditetapkan.



Musim terbaru kededua liga anjuran Perses ini, yang akan diadakan tanpa kehadiran penonton, dijangka bermula Jun tahun ini.



Presiden Perses Encik Mohd Nasri Haron, ketika dihubungi Berita Harian (BH), semalam berkata pihaknya telah mengkaji semula dan mempertingkatkan kawalan langkah-langkah untuk Fasa Tiga supaya "kami dapat secara selamat menyertai kegiatan sukan dan fizikal".



Dalam Fasa Tiga, kumpulan seramai lapan pemain boleh melakukan kegiatan sukan dan fizikal.



Ini bermakna format permainan empat lawan empat juga dibenarkan.



Perses sepatutnya mengadakan kejohanan antara regu melibatkan lima kategori usia yang dipertandingkan pada 8 Mac hingga 14 April 2020.



Lima kategori regu itu merangkumi kategori belia lelaki bawah 21 tahun, belia lelaki bawah 17 tahun, veteran lelaki 45 tahun ke atas, terbuka wanita dan terbuka lelaki.



Namun, sekatan yang dibawa dek pandemik menghambat perancangan itu.



"Kami semua kecewa apabila kami harus menunda dan membatalkan perancangan kegiatan kami untuk 2020," ujar Encik Nasri.



"Dengan penyambungan semula liga yang dinanti-nantikan pada Jun ini, kami tidak sabar untuk mendekati fraterniti sepak takraw secara positif dalam sekitaran yang selamat dan terjamin."



Perses turut berkongsi bersama BH antara langkah keselamatan yang akan ditetapkan sepanjang liga itu.



Ini termasuk bersaing dalam "gelembung" merangkumi maksimum lapan pemain dan tiada pergaulan dibenarkan antara "gelembung" berbeza.



Pemain dinasihati untuk tidak bersalaman dan memberikan gaya tepukan 'high-five' bagi mengurangkan kontak fizikal dan tidak dibenarkan membuat pekikan yang tidak perlu.



Mereka juga harus memakai pelitup sepanjang masa kecuali ketika beraksi di gelanggang.



Pengurus Kelab Sepaktakraw SK, Encik Raimon Budin, mengalu-alukan penyambungan semula liga setempat ini.



"Kami sangat gembira apabila mendapat berita baik tentang permulaan semula liga. Pemain tidak sabar untuk beraksi semula dalam liga," kata Encik Raimon, yang mana pasukannya akan bertanding dalam Liga Perdana.



"Ini adalah berita besar untuk fraterniti sepak takraw di Singapura selepas setahun pertandingan dihentikan akibat Covid. Mudah-mudahan dengan permulaan liga ini, ia dapat mengurangkan keresahan pemain (yang mahukan pertandingan)."



Pendaftaran bagi musim 2021 Liga Perdana dan Liga Nasional kini dibuka sehingga 15 Februari.



Encik Nasri, yang dilantik sebagai presiden Perses sejak November 2019, menambah: "Sejauh ini, bilangan pasukan yang menunjukkan minat mereka menyertai liga amat memberangsangkan."



Pada 2019, terdapat 12 pasukan bertanding dalam Liga Perdana manakala Liga Nasional disertai 15 pasukan.



Perses, dalam pos yang dimuatnaik di Facebook kelmarin, berkata matlamat tahun ini adalah "untuk mengekalkan jumlah pasukan dalam Liga Perdana dan meningkatkan jumlah pasukan dalam Liga Nasional".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >