Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA NEGARA-NEGARA UEFA

Sepanyol kekal kemenangan, Portugal tumpas

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



MALAGA: Sepanyol memelihara rekod tanpa kalah dalam Liga Negara-Negara Uefa selepas menewaskan Republik Czech 2-0 kelmarin.



Sebelum ini, ia telah seri 2-2 dengan lawan yang sama, seri 1-1 dengan Portugal dan mengatasi Switzerland 1-0.



Dalam perlawanan kelmarin, Sepanyol berada di depan selepas 24 minit apabila hantaran tepat Marco Asensio membuka peluang buat Carlos Soler meledakkan gol.



Pablo Sarabia menambah gol kedua pada minit ke-75 apabila Sepanyol jelas lebih baik berbanding Republik Czech ketika mereka seri 2-2 di Prague minggu lalu.



Walaupun menang dalam perlawanan di Stadium La Rosaleda di Malaga itu, Sepanyol perlu berterima kasih kepada kecemerlangan penjaga gol Athletic Bilbao, Unai Simon.



Beliau menepis percubaan minit ke-18 Vaclav Cerny dan dua minit selepas itu menafikan percubaan Jan Kuchta.



"Saya harap akan kembali di aksi antarabangsa berikutnya dan di Piala Dunia.



"Tapi ketika ini saya hanya memikirkan mengenai percutian. Ia musim yang amat mencabar yang bermula dengan Olimpik Tokyo.



"Saya sudah merealisasikan banyak impian tapi saya harap lebih banyak akan menjadi kenyataan," kata Soler.



Dalam perlawanan lain, Portugal dibolosi seawal 57 saat ketika tewas 0-1 kepada Switzerland.



Gol sumbangan Haris Seferovic, selepas menerima hantaran cantik daripada Silvan Widmer, cukup memberikan kemenangan untuk Switzerland.



Percubaan Portugal pada minit ke-18 menerusi penyerang Rafael Leao gagal menyamakan kedudukan apabila ia tidak dibenarkan kerana didapati ofsaid.



Kapten Portugal, Pepe Jufa, telah membuat penampilan antarabangsanya ke-128 dalam perlawanan itu.



Namun, mereka tidak dapat mencipta kemenangan buatnya dalam perlawanan yang menyaksikan penjaga gol Switzerland, Jonas Omlin, menyelamatkan percubaan berbahaya daripada Danilo dan Bernardo Silva.



"Kami tidak mampu melepaskan gol selepas hanya 30 saat permainan dimulakan... ini kesilapan kami.



"Kami kurang agresif. Kami sememangnya mahu berada di kedudukan teratas kumpulan tetapi saya selalu mengatakan bahawa perlawanan penentuan adalah apabila menentang Sepanyol," kata jurulatih Portugal, Fernando Santos, yang tanpa bintang Cristiano Ronaldo, Joao Moutinho dan Raphael Guerreiro bagi perlawanan itu.



Sepanyol kekal di tangga teratas Kumpulan 2 Liga A dengan lapan mata daripada empat perlawanan dengan Portugal hanya ketinggalan satu mata di belakang.



Switzerland kekal di bawah dengan tiga mata. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >