Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020 - SEPANYOL LWN SWEDEN

Sepanyol terlalu kuat

Tapi Sweden yang tak takut kalah mampu buat kejutan
Jun 14, 2021 | 05:30 AM



SEVILLA: Walaupun pasukan Sepanyol 2021 ini jauh berbeza berbanding pasukan yang menakluk dunia dari 2008 hingga 2012 ia masih menjadi antara pilihan utama juarai Kejohanan Eropah (Euro) kali ini.



Sejak memenangi Euro 2012, Sepanyol telah gagal mara melepasi peringkat kalah mati pertama dalam pertandingan antarabangsa utama dan kedudukan mereka sebagai pasukan yang digeruni di medan antarabangsa kian pudar.



Kapten Sergio Ramos telah disingkir dari skuad ini, yang bermakna tiada pemain yang kekal dari skuad 2008 yang menjulang trofi Euro buat kali terakhir bagi Sepanyol.



Malah, jurulatih Luis Enrique tidak memilih sebarang pemain Real Madrid dalam skuadnya. Beliau bukan sahaja menganggap Ramos tidak layak disertakan, malah bintang-bintang Real seperti Nacho, Marco Asensio, Lucas Vasquez dan Isco juga tidak disertakan.



Buat kali pertama dalam sejarahnya, Sepanyol tidak akan memperagakan sebarang pemain Real.



Namun pasukan bergelar La Roja ini tetap dianggap masih mampu bergelar juara kerana ia mempunyai trio midfield yang 'kebal'. Sekurang-kurangnya, mereka adalah pilihan utama untuk mendahului Kumpulan E yang termasuk Sweden, lawan mereka bagi perlawanan pembukaan dinihari esok, serta Poland dan Slovakia.



Pemain lawan boleh dianggap bertuah jika mereka dapat merampas bola dari pemain serampang tiga bernama Thiago Alcantara (Liverpool), Koke (Atletico Madrid) dan Rodri (Machester City).



Dalam tempoh 12 bulan yang lalu, Thiaga mempunyai kadar hantaran lengkap 89.5 peratus daripada 81.74 hantaran yang dicubanya. Rodri pula mempunyai kadar hantaran lengkap 92.1 peratus daripada 91.17 percubaan.



Statistik bukan segala-galanya, tetapi angka ini menunjukkan Rodri dan Thiago jarang membuat kesilapan di bahagian tengah padang. Tidak hairan, kededua pasukan berjaya menjadi juara dan tempat ketiga dalam Liga Perdana England (EPL) yang baru berakhir.



Jika salah seorang daripada trio pilihan utama ini cedera, Enrique boleh bergantung kepada Pedri dari bangku pemain simpanan.



Pemain Barcelona itu mempunyai sifat yang dimiliki ramai pemain yang beraksi di tengah-tengah midfield Barcelona - keupayaan untuk menggelecek bola dan ketenangan untuk melindungi bola daripada direbut lawan.



Malangnya, satu lagi pemain yang boleh menggantikan trio midfield ini Sergio Busquets tidak akan beraksi. Busquets, telah dikenal pasti dijangkiti Covid-19 dan dihantar pulang.



Kehilangan Busquets, yang kadang-kalan boleh diminta beraksi di bahagian pertahanan juga mendedahkan kekurangan Sepanyol di bahagian tersebut.



Sepanyol tidak mempunyai gandingan bek tengah yang mapan, dan ini menjadikan keputusan Enrique untuk mengugurkan Ramos lebih menjolok mata. Tanpa Ramos, Aymeric Laporte dan Pau Torres dijangka diturunkan sebagai gandingan utama di tengah-tengah barisan belakang.



Kededua pemain ini dianggap pemain berkualiti, tetapi pengalaman mereka di tahap ini belum diuji.



Torres baru berusia 24 tahun dan pernah mewakili Sepanyol sebanyak tujuh kali.



Laporte pula menyertai pasukan bagi kali pertama kerana menghabiskan masa di peringkat junior mewakili Les Blues Perancis.



Walau bagaimanapun, pasukan Las Rojas dijangka terlalu kuat bagi Sweden.




JURULATIH Sweden Janne Andersson telah memilih skuad yang 'solid' dan kuat.



Tetapi skuadnya juga kurang kreativiti dan secara individu, tidak boleh bersaing dengan Sepanyol.



Tanpa Zlatan Ibrahimovic yang buat sekian lama memikul tanggungjawab menyemarak pasukan dan membuli pasukan lain, Sweden bagai singa yang tumpul taringnya dan ketandusan pemain yang benar-benar mempunyai 'faktor-x' yang boleh mengubah corak permainan dengan beberapa sentuhan.



Di Piala Dunia 2018, Sweden berjaya melangkah ke suku akhir tanpa Ibrahimovic, tetapi bolehkah ia meneruskan 'form' itu dan bangkit dari prestasi mengecewaan di Euro 2016?



Namun, pada masa yang sama, kekurangan Sweden dari segi individu mungkin adalah kekuatannya secara berkumpulan.



Secara kolektif, Sweden memperagakan skuad muda yang begitu pantas dan tidak takut kalah atau tidak perlu membuktikan apa-apa dalam pertandingan ini.



Dua pemain muda yang secara kebetulan berusia 21 tahun boleh menjadi bintang selepas pertandingan ini.



Alexander Isak, yang tinggi lampai, mempunyai teknik hebat dan bukan sahaja cekap mengawal bola, malah tajam menemui sasaran.



Sebanyak 17 gol yang dijaringkannya dalam La Liga - musim keduanya beraksi dalam liga terunggul Sepanyol - membantu Real Sociedad mendapat tempat kelima dalam liga itu.



Pemain sayap Juventus Dejan Kulusevski juga antara pemain muda yang menjadi perhatian di pertandingan ini.



Gandingan Isak dan Kulusevski mungkin belum dikenali, tetapi nama-nama mereka boleh menjadi sebutan di akhir pertandingan ini.



Di bangku, Andersson pula boleh bergantung kepada seorang lagi pemain muda Jordan Larsson, yang bukan sahaja lincah berlari dengan bola, malah bijak membuat larian lintang yang boleh memporak-perandakan benteng lawan.



Namun, kekurangan pengalaman di peringkat ini akan membawa padah kepada Sweden, dan tidak ramai yang menjangka ia boleh bersaing dengan Sepanyol untuk memenangi Kumpulan E. - Agensi berita




SIAPA MENANG?: Justeru, dengan Slovakia dianggap pasukan paling kerdil dalam kumpulan itu, ramai pemerhati bola sepak menganggap perlawanan antara Sweden dengan Poland sebagai perlawanan genting yang boleh menentukan pasukan di tangga kedua dan yang mara ke pusingan kalah mati.



Keputusan perlawanan antara Sepanyol dengan Sweden mungkin dijangka menyebelahi Sepanyol tetapi Sweden mempunyai suntikan darah muda yang boleh membuat kejutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >