Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Serena dapat 'lihat' penghujung kerjaya selepas Terbuka AS

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Pemain tenis bertaraf legenda Amerika Syarikat, Serena Williams, berkata beliau sedang merancang untuk berundur dari sukan itu selepas Terbuka Amerika Syarikat yang akan bermula akhir bulan ini.



Williams, 40 tahun, dianggap sebagai antara pemain wanita terbaik sukan itu selepas memenangi 23 kejuaraan Grand Slam.



Kelmarin, Williams beraksi dalam pertarungan perseorangan kedua sejak Wimbledon pada Jun lalu, menewaskan Nuria Parrizas Diaz dari Sepanyol untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Toronto.



Namun, Williams berkata beliau kini boleh melihat penghujung kerjayanya.



"Saya tidak suka menggunakan perkataan bersara," kata Williams, menulis dalam artikel yang disumbangkan kepada majalah Vogue.



"Mungkin, saya boleh menyifatkan keputusan saya ini sebagai satu evolusi. Dan kini, saya bersedia memberitahu anda saya sedang mengubah hidup saya... beredar dari tenis dan menuju arah lain yang penting bagi saya.



"Beberapa tahun lalu, secara senyap, saya memulakan syarikat penyedia modal (venture capital) iaitu Serena Ventures. Menyusuli itu, saya memulakan keluarga pula. Buat masa ini, saya ingin menambah keluarga itu."



Williams kali terakhir memenangi Grand Slam pada 2017, dan telah memburu kejuaraan Grand Slam ke-24 yang tidak muncul.



Jika berjaya, beliau akan menyamai rekod kemenangan yang kini milik legenda tenis Australia, Margaret Court.



Beliau hampir mengecapi rekod itu baru-baru ini, melangkah ke empat final kejohanan utama sejak melahirkan anak perempuannya, Olympia, pada 2017.



"Ada orang yang berkata saya bukan pemain terbaik dalam sejarah kerana saya tidak mengatasi rekod Court yang dicapai sebelum era Terbuka pada 1968," kata Williams, yang merujuk kepada rakan Tiger Woods, untuk meminta nasihat sebelum beliau menyambung semula kerjaya tenis awal tahun ini.



"Saya berdusta jika saya berkata saya tidak mahukan rekod itu. Tentu sekali saya mengidamkannya. Tapi dari hari ke hari... rekod itu bukan sentiasa di kepala saya." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >