Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS WIMBLEDON

Serena tersingkir di pusingan pertama buat tahun kedua berturut-turut; Nadal kerja keras untuk menang

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Juara tujuh kali, Serena Williams, mengalami penyingkiran buat kali kedua berturut-turut di pusingan pembukaan Wimbledon apabila beliau dikejutkan oleh pemain Perancis yang membuat penampilan sulung, Harmony Tan, dalam satu pertarungan hebat di gelanggang Centre Court malam kelmarin.



Setahun selepas srikandi Amerika itu berehat panjang menyusuli masalah kecederaan dan dikhuatiri ramai tidak akan tampil di Wimbledon lagi, kepulangan Williams memang dinanti-nantikan peminat tenis tetapi beliau gagal menandingi pemain ke-115 dunia, Tan, yang menang 7-5, 1-6, 7-6 (9-7).



Tan mempunyai satu mata perlawanan dirampas apabila Williams berjaya mendahului 5-6 dalam set penentuan.



Bekas pemain nombor satu dunia itu yang kelihatan keletihan hampir menang apabila mendahului 4-0 dalam tie-break.



Tetapi Tan, yang tidak pernah bermain di Wimbledon sebelum ini, bangkit untuk merangkul kemenangan 9-7.



"Itu soalan yang saya tidak boleh jawab. Saya tidak tahu. Saya rasa saya tidak tahu. Siapa yang tahu? Siapa tahu di mana saya akan muncul?" ujar Williams di akhir pertarungan.



"Hari ini saya berikan sepenuhnya... mungkin esok saya boleh berikan lebih banyak lagi.



"Mungkin seminggu lalu saya boleh berikan lebih banyak lagi. Tetapi hari ini saya lakukan apa yang termampu. Pada satu masa nanti anda perlu menerimanya," tambah pemain berusia 40 tahun itu apabila ditanya jika beliau akan kembali ke Wimbledon lagi.



Ia sentiasa sukar bagi Williams untuk meninggalkan sukan yang pernah dikuasainya.



Walaupun gagal dalam kepulangannya kali ini, beliau tetap bersemangat untuk meneruskannya, memastikan pintu terbuka untuk kembali ke New York bagi Terbuka Amerika pada Ogos nanti.



Dalam perseorangan lelaki, jaguh Sepanyol, Rafael Nadal, melepasi halangan pembukaan Wimbledon dengan menewaskan pemain Argentina, Francisco Cerundolo.



Pilihan kedua, Nadal, 36 tahun, yang bermain di gelanggang rumput buat kali pertama sejak kalah di separuh akhir Wimbledon 2019 di tangan Roger Federer, menang 6-4, 6-3, 3-6, 6-4 ke atas pilihan ke-41, Cerundolo, yang membuat penampilan pertama di All England Club.



Nadal, yang menjuarai Terbuka Australia dan Terbuka Perancis tahun ini, bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan lawannya itu.



Selepas menang dua set pertama di Centre Court, beliau tewas set ketiga dan perlu bangkit daripada ketinggalan 3-1 dan 4-2 dalam aksi set keempat.



"Tiga tahun tidak berada di sini... di permukaan yang hebat ini, sesuatu yang menakjubkan untuk kembali.



"Kami tidak banyak bermain di gelanggang rumput, terutama bagi saya. Dalam tempoh tiga tahun, saya langsung tidak memijak padang rumput," kata Nadal.



Nadal, juara Wimbledon pada 2008 dan 2010, tiba di kejohanan berkenaan dengan tanda tanya mengenai ketahanan yang dimilikinya untuk tempoh dua minggu ini selepas bermain di Terbuka Perancis dengan dibelanggu kecederaan pada kaki kirinya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >