Serena Williams 'hampir maut' ketika lahirkan anak perempuan
Premium
Serena Williams 'hampir maut' ketika lahirkan anak perempuan
Feb 22, 2018 | 5:30 AM
PERNAH HADAPI MASALAH: Serena Williams mendedahkan komplikasi yang dialaminya semasa melahirkan anaknya, Alexis Olympia Ohanian Jr. - Foto TWITTER -
LOS ANGELES: Serena Williams "hampir meninggal dunia" selepas melahirkan anak perempuannya September lalu, kata bekas pemain tenis nombor satu dunia itu dalam satu artikel yang ditulisnya dan disiarkan dalam CNN kelmarin.
Sebelum ini, Williams telah mendedahkan beberapa komplikasi yang dihadapinya selepas melahirkan anaknya itu tetapi menawarkan lebih banyak maklumat tentang satu pengalaman yang mendorongnya berkongsi pandangan tentang pentingnya mendapatkan penjagaan kanak-kanak yang dimampui.

