Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Serena Williams tidak 'kemaruk' kejar rekod

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



MELBOURNE: Serena Williams "tidak terlalu memikirkan" tentang menyamai rekod 24 Grand Slam acara perseorangan, namun masih mahu memenangi saingan Terbuka Australia, kata jurulatihnya Patrick Mouratoglou.



Pemain tenis wanita Amerika Syarikat berusia 39 tahun, yang kini telah memenangi 23 gelaran juara, hanya satu di belakang pemegang rekod, Margaret Court, bertemu Simona Halep dalam saingan semalam.



Kejuaraan major terakhir yang dimenangi Williams adalah pada 2017 di Melbourne Park ketika beliau masih mengandung.



"Adakah beliau memerlukan pengesahan itu? Saya rasa beliau tidak memerlukan pengesahan itu," kata Mouratoglou tentang mengejar gelaran juara ke-24.



Williams telah tewas sebanyak empat kali dalam saingan final sejak kemenangan Grand Slam terakhirnya, termasuk di tangan Halep di Wimbledon pada 2019.



"Jelas beliau kembali bersaing untuk cuba memenangi Grand Slam lain, jadi itu pasti menjadi matlamatnya," tambah Mouratoglou.



"Sekarang, beliau tidak terlalu memikirkan tentang rekod tersebut berbanding orang lain dalam dunia tenis ini, namun semestinya beliau mahu memenangi kejuaraan Grand Slam."



Williams mendahului saingan menentang Halep dengan rekod 9-2, tetapi Halep menghasilkan persembahan Grand Slam terbaik untuk memenangi final Wimbledon dua tahun lalu.



"Bagi saya itu merupakan perlawanan terbaik seumur hidup saya. Saya berasa yakin ketika itu," kata pemain tenis dari Romania itu.



"Kami bermain banyak kali. Saya tahu apa yang boleh dijangkakan. Saya hanya perlu menumpukan perhatian pada perlawanan saya dan keyakinan itu akan datang."



Pemain tenis Jepun, Naomi Osaka juga beraksi semalam menentang Hsieh Su-wei, yang menjadi pemain tertua yang melangkah masuk ke pusingan suku akhir pertamanya dalam era kejuaraan Terbuka.



"Su-wei merupakan salah seorang pemain yang saya akan pilih dalam permainan video," kata juara 2019, Osaka.



"Saya tidak akan dapat fahami pilihan yang dibuatnya dalam gelanggang. Ia sungguh seronok untuk menyaksikan persembahannya, namun bukanlah satu perkara yang seronok apabila anda perlu bersaing dengannya." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >