Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SEPANYOL

Sergio Ramos akan tinggalkan Real

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Kapten legenda Real Madrid, Sergio Ramos, akan meninggalkan kelab tersebut selepas mengharungi 16 musim penuh kejayaan, umum gergasi La Liga itu kelmarin.



Real berkata mereka akan mengadakan acara khas bagi memberi penghargaan kepada Ramos, yang akan turut dihadiri presiden kelab, Florentino Perez.



Ramos, 35 tahun, bergelut dengan kecederaan musim ini dan hanya beraksi lima kali sejak awal tahun.



Ditampilkan sebanyak 21 kali oleh Madrid dalam semua pertandingan musim ini, ia jumlah paling rendah buat pemain itu sepanjang bersama kelab tersebut.



Secara keseluruhan Ramos ditampilkan dalam 671 perlawanan Real, dan menjaringkan 101 gol.



Beliau menyertai Madrid dari Sevilla pada 2005, satu-satunya pemain Sepanyol yang dibawa masuk ketika Perez mula menjadi presiden.



Ramos menjadi pemain paling berjaya kelab itu dengan memenangi lima kejuaraan La Liga, empat mahkota Liga Juara-Juara dan dua Piala Raja Sepanyol.



Bagaimanapun, musim ini, Ramos dipinggirkan dalam kebanyakan perlawanan selepas disahkan positif Covid-19 serta mengalami siri kecederaan di kakinya.



Beliau disenaraikan dalam perlawanan terakhir Madrid dalam saingan La Liga menentang Villarreal musim lalu, tetapi tidak beraksi.



Menurut media Sepanyol, Real dan Ramos gagal mencapai kata putus berhubung pembaharuan kontraknya yang berakhir 30 Jun.



Kelab itu menawarkan lanjutan tempoh setahun dengan pemotongan gaji sebanyak 10 peratus disebabkan pandemik ini, tetapi Ramos mahu dua tahun.



Pertahanan veteran itu tidak dipanggil untuk bersama skuad Sepanyol dalam saingan Euro 2020 yang sedang berlangsung.



Ketiadaan Ramos bermakna tiada seorang pun pemain Madrid membarisi skuad Sepanyol kali ini.



Ramos menjadi pemain paling banyak kali mewakili Sepanyol dengan 180 perlawanan. Beliau mewakili Sepanyol di empat edisi Piala Dunia dan tiga Kejuaraan Eropah.



Dengan 23 gol, beliau menduduki tangga kelapan penjaring terbanyak Sepanyol. Ramos antara tunggak pasukan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 dan Kejuaraan Eropah 2008 dan 2012. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >