Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sergio Ramos digugurkan dari skuad Sepanyol

May 26, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Kapten Sepanyol, Sergio Ramos, tidak disenaraikan sebagai pemain Luis Enrique dalam kempen Euro 2020 berikutan masalah kecederaannya sepanjang musim 2020-21.



Aymeric Laporte, yang baru bulan ini menukar status kewarganegaraannya daripada Perancis ke Sepanyol, antara yang dinamakan untuk mengisi kekosongan pertahanan tengah berkenaan.



Ramos merupakan sebahagian daripada pemain pasukan kebangsaan itu yang memenangi tiga kejuaraan utama berturut-turut sekitar 2008 hingga 2012 dan merupakan tunggak utama buat pasukan kelab dan negaranya sejak itu -- turut memecahkan rekod penjaga gol legenda Italy, Gianluigi Buffon, dalam penampilan antarabangsa terbanyak sepanjang zaman selepas turun beraksi dalam perlawanannya yang ke-176 awal tahun ini.



Pemain berusia 35 tahun itu diberikan tugas sebagai kapten oleh Luis Enrique tetapi hanya beraksi selama 50 minit dalam pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Greece dan Kosovo, Mac lalu sebelum pulang ke Madrid kerana kecederaan.



Dia hanya dapat melakukan 21 penampilan buat Madrid dalam kesemua kejohanan musim ini dan terlepas 31 aksi lain.



Apa yang mencuri tumpuan, bekas ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique, tidak menamakan seorang pun pemain Madrid dalam senarai akhir pemainnya.



Pertahanan kanan, Dani Carvajal, masih cedera dan tempatnya berkemungkinan besar boleh diisi pemain tengah Atletico Madrid, Marcos Llorente, manakala dua lagi pemain Los Blancos, Marco Asensio dan Isco, tidak terpilih.



Seorang lagi pertahanan tengah Madrid, Nacho, turut dipinggirkan, di mana gandingan Manchester City, Laporte dan Eric Garcia, terpilih walaupun menghabiskan kebanyakan musim ini di belakang Ruben Dias dan John Stones di Stadium Etihad. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >