Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN BOLA SEPAK WANITA AFF

Seri perangsang skuad wanita SG dalam perlawanan pembukaan

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN wanita Singa memungut mata pertama mereka dalam kempen Kejohanan Wanita Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 selepas seri 0-0 dengan Malaysia dalam perlawanan derby seberang Tambak yang rancak di Manila, Filipina, petang semalam.



Kedua-dua musuh dekat itu memiliki peluang jaringan baik sepanjang 90 minit perlawanan tetapi kurang tajam di depan gawang.



Namun, keputusan seri itu cukup untuk mengakhiri kemarau kekalahan pasukan negara apabila menentang Malaysia, pasukan nombor ke-85 dunia dalam ranking Fifa sepanjang tempoh 15 tahun lalu.



Dalam lima pertembungan sebelum ini, Singapura, yang menghuni tangga dunia ke-132, tewas kepada Malaysia.



Mereka kali terakhir mengalahkan Malaysia - kemenangan 1-0 - ialah semasa perlawanan antarabangsa 'A' pada 2007 di kelayakan Piala Asia Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).



Singapura bagaimanapun masih mencari kemenangan sulung mereka dalam Kejohanan Wanita AFF sejak 2004.



Dalam edisi tersebut, Singapura berjaya menumpaskan Indonesia 1-0.



Di Stadium Rizal Memorial petang semalam, ketua jurulatih Stephen Ng mengatur sistem formasi 3-5-2.



Beatrice Tan sebagai penjaga gawang dan kapten Ernie Sontaril, yang meraih penampilan ke-50 beliau untuk Singapura sekali gus menjadikannya pemain bola sepak wanita paling banyak mewakili negara, Dhaniyah Qasimah serta Umairah Hamdan membentuk pertahanan negara.



Dorcas Chu dan Putri Syaliza diturunkan di posisi bek sayap, manakala Stephanie Dominguez, Venetia Lim dan Nurhidayu Naszri di tengah midfield. Serangan negara pula dipimpin Farhanah Ruhaizat dan Danelle Tan.



Persaingan sengit dari awal perlawanan, dengan kedua-dua pasukan saling menyerang dan merintis peluang jaringan dalam usaha memburu kemenangan.



Singapura hampir merampas kemenangan apabila Farhanah dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-67 tetapi pengadil menolak rayuan bagi diberikan penalti.



Ini merupakan pertandingan pertama Malaysia sejak kelayakan Piala Asia Wanita AFC pada September tahun lalu.



Mereka tidak beraksi dalam Sukan SEA pada Mei lalu, manakala Singapura membuat penampilan pertamanya dalam temasya sukan itu sejak 2003 dan berentap menentang pasukan seperti Laos (pasukan nombor 83 dunia), Myanmar (nombor 48) dan juara lima kali Sukan SEA, Thailand (nombor 43), untuk menamatkan saingan di tangga ketiga di kalangan empat pasukan dalam Kumpulan B.



Dengan keputusan petang semalam, Singapura dan Malaysia masing-masing kini mempunyai satu mata dalam Kumpulan A.



Kumpulan A turut dianggotai tuan rumah Filipina, yang telah melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan, juara empat kali Thailand, juara pada edisi 2008 Australia, dan Indonesia.



Pasukan wanita Singa seterusnya akan berdepan Filipina, yang menduduki ranking dunia ke-53, di Stadium Rizal Memorial, mulai 7 malam esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >