Serie A sasar sepak mula 13 Jun tapi menteri utamakan keselamatan
Premium
Serie A sasar sepak mula 13 Jun tapi menteri utamakan keselamatan
May 15, 2020 | 5:30 AM
BERJAGA-JAGA: Pemain AC Milan Zlatan Ibrahimovic (kiri) tiba di Lapangan Terbang Malpensa di Milan, Italy pada Isnin lalu. - Foto EPA-EFE -
MILAN: Kelab liga Italy Serie A memilih memulakan semula musim pada 13 Jun semasa perhimpunan agung kelmarin, walaupun keputusan akhir terletak di tangan pemerintah.
Liga teratas Italy itu telah digantung sejak 9 Mac akibat pandemik Covid-19 dan meskipun pemerintah membenarkan pasukan mengadakan sesi latihn bersama mulai Isnin, ia belum memutuskan sama ada dan bila kejohanan itu dapat dilanjutkan.

