Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK

Setahun selepas ditunda, Olimpik Tokyo sudah bersedia

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Daripada pusat akuatik yang canggih kepada arena seni mempertahankan diri yang mana bumbungnya menyerupai Mount Fuji, tapak-tapak Sukan Olimpik Jepun sudah bersedia untuk beraksi setelah setahun ditunda dek koronavirus.



43 tempat acara itu terletak di dua bahagian utama: "Zon Tokyo Bay" di daerah pelabuhan yang sibuk di ibu kota itu, dan "Zon Warisan" yang lebih pusat menggabungkan beberapa tapak dari Sukan Olimpik Tokyo 1964.



Dengan 100 hari sebelum majlis pembukaan temasya sukan yang tertangguh itu, AFP melawat beberapa tempat utama acara:



STADIUM OLIMPIK



Digunakan untuk majlis pembukaan dan penutupan, serta untuk acara sukan atletik dan beberapa perlawanan bola sepak, Stadium Olimpik yang boleh menampung 68,000 penonton di tengah Tokyo itu dibina di tapak stadium Olimpik 1964.



Desain asal, oleh arkitek warga Iraq-British Zaha Hadid, dibuang pada Julai 2015 berikutan kemarahan awam terhadap tanda harganya yang bernilai AS$2 bilion ($2.68 bilion) - yang akan menjadikannya stadium paling mahal di dunia.



Versi yang kecil dan lebih murah mendapat sokongan dan kemudahan lima tingkat itu diperkenalkan pada Disember 2019, bersama beberapa ciri khas untuk meredakan bahang musim panas di Tokyo.



Namun, jumlah peminat domestik yang dibenarkan masuk ke stadium semasa acara itu dijangka diputus penganjur bulan ini.



PUSAT AKUATIK



Pusat Akuatik bernilai 56.7 bilion yen ($694 juta) itu selesai dibina pada Februari 2020 tetapi pembukaannya ditangguhkan akibat Covid-19.



Majlis itu akhirnya diadakan pada Oktober 2020 di tempat yang mendudukkan 15,000 penonton di Bay Zone untuk acara renang, terjun dan renang artistik.



Kolam renang utama menampilkan dinding bergerak yang membolehkan kemudahan 50 meter itu ditukar menjadi dua kolam 25 meter, dengan paras dalamnya juga dapat disesuaikan.



NIPPON BUDOKAN



Arena seni mempertahankan diri yang terkemuka itu pertama kali dibina untuk judo pada 1964 dan dikenali dengan bumbung lengkung menyerupai Mount Fuji.



Ia juga akan menganjur karate dalam edisi Olimpik kali ini.



Ia menjadi tempat konsert terkenal selepas Sukan Olimpik 1964 dan menjadi tuan rumah kepada Beatles pada 1966 ketika mereka membuat penampilan sulung mereka di Jepun. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >