Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Setelah dua kemenangan, Warriors mahu teruskan momentum

May 25, 2019 | 05:30 AM



MEREKA pernah menjadi pasukan yang digeruni beberapa tahun yang lalu.



Pasukan Liga Perdana Singapura (SPL) Warriors FC, hingga kini masih memegang gelaran sebagai pasukan tempatan paling berjaya dalam arena bola sepak profesional setempat dengan sembilan piala liga dalam genggaman.



Bagaimanapun, seperti jatuh ditimpa tangga, nasib mereka berubah dengan ketara musim ini.



Dengan enam kekalahan, satu keputusan seri dan dua kemenangan, Warriors kini duduk di tangga tercorot liga dengan tujuh mata selepas sembilan perlawanan.



Dua kemenangan mereka diraih apabila berjaya menewaskan pasukan yang sama-sama berada di tangga terbawah liga Young Lions, yang mendahului mereka dengan perbezaan jumlah gol.



Jurulatih pasukan utama, Azlan Alipah, akur dengan kelemahan pasukannya yang gagal mengambil peluang untuk mendapatkan keputusan positif.



Meskipun begitu, Azlan yakin kejayaan mereka menewaskan Young Lions dalam dua perlawanan terakhir mereka telah memberi segelintir harapan untuk mengubah nasib mereka.



"Pada permulaan musim ini kami mempunyai masalah mencari rentak permainan kami tetapi jika dilihat semula kepada perlawanan menentang Albirex Niigata, Brunei DPMM dan Tampines Rovers, kami lihat seperti pasukan yang menemui semula keyakinan.



"Kami beraksi dengan cemerlang namun keputusan tidak menyebelahi kami. Membawa pulang satu mata daripada perlawanan dengan Tampines juga merupakan keputusan yang baik buat kami.



"Kami beraksi dengan baik dalam dua perlawanan terakhir dan pemain menunjukkan tahap persembahan yang bagus. Oleh itu kami berjaya mendapatkan enam mata penting.



"Sekarang kami hanya perlu kekal konsisten, berusaha sebagai satu pasukan dan menganggap setiap perlawanan sebagai perlawanan akhir," katanya.



Warriors kini memburu kemenangan ketiga berturut-turut, namun menghadapi tugas yang berat untuk mendapatkan tiga mata.



Seteru mereka malam ini di Stadium Jurong East, tidak lain dan tidak bukan, pencabar utama takhta, Hougang United, yang duduk di tangga kedua dengan jurang 12 mata membezakan mereka.



Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu pada Mac lalu, Warriors ditimpa kekalahan besar apabila tumpas 5-1.



Mengulas tentang persediaan pasukannya malam ini, Azlan berkata:



"Kami tahu bahawa ia adalah satu perlawanan yang sukar. Kami perlu berada dalam tahap disiplin tinggi sebagai satu pasukan dengan memberi tumpuan 100 peratus.



"Kami akan melangkah masuk ke perlawanan itu dengan mentaliti untuk menang. Saya harap para pemain saya dapat bangkit kerana mereka tahu kita perlu mengumpul mata untuk berada setaraf dengan pasukan terbaik."



Manakala itu, jurulatih Hougang, Clement Teo pula enggan memandang rendah terhadap semangat lawannya untuk membalas dendam terhadap kekalahan lalu.



Menurut beliau, Warriors merupakan pasukan yang berbeza berbanding pasukan yang mereka temui pada awal musim ini, justeru mereka tidak akan memperlekehkan Warriors.



"Kami akan mengambil langkah berhati-hati untuk perlawanan ini...secara mental kami perlu bersedia menghadapi cabaran mereka setelah melihat cara mereka beraksi sebelum ini. Kami tahu akan ancaman yang boleh mereka berikan.



"Warriors adalah sebuah pasukan yang hebat dan untuk mendapat kemenangan dalam dua perlawanan berturut-turut, ia pasti akan memberi mereka lebih keyakinan menjelang perlawanan dengan kami," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >