Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Setelah enam temasya Sukan SEA, Iqbal akhirnya raih emas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Setelah enam temasya Sukan SEA, Iqbal akhirnya raih emas

ZULAIQAH ABDUL RAHIM Dari Hanoi

May 12, 2022 | 05:30 AM

HARAPAN pesilat Singapura, Muhammad Iqbal Abdul Rahman, untuk menggenggam pingat emas dalam Sukan SEA akhirnya terkabul di Gimnasium Bac Tu Liem dekat Hanoi, Vietnam, semalam.

Iqbal, 28 tahun, menewaskan pesilat Thailand, Ilyas Sadara, untuk merangkul emas dalam final seni tunggal putera. Pingat emas itu juga adalah yang pertama dari atlet Singapura di temasya Sukan SEA Hanoi ini.

Persembahan Iqbal, yang bertenaga dan konsisten sepanjang tiga pusingan saingan - iaitu format baru bagi acara seni - mendapat 9.960 mata, berbanding 9.930 mata bagi seteru terdekatnya.

Iqbal, yang dilihat bersujud syukur dalam gelanggang dan kemudian menitis air mata kegembiraan selepas dinobat juara semalam, berkata: "Tiada perkataan yang dapat menggambarkan detik ini... saya amat bersyukur."

Sukan SEA ini, yang ditunda setahun akibat pandemik Covid-19, adalah percubaan kali keenam beliau untuk menakluki pentas sukan dwitahunan Asia Tenggara itu.

Beliau memperbaiki persembahannya di edisi temasya lalu ketika meraih pingat perak di Filipina pada 2019 dan pingat gangsa di laman sendiri pada 2015.

"Ramai rakan sepasukan dan jurulatih saya kata keajaiban akan timbul pada kali keenam," seloroh Iqbal.

"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran. Saya tidak memberitahu diri bahawa saya ingin menang pingat emas... sekadar memberitahu diri saya bahawa saya ingin memberikan segala-galanya dan tidak mahu pulang dengan sebarang kekesalan."

Pingat emas itu melengkapkan koleksi cemerlang Iqbal yang juga merupakan juara dunia 2018 dan sudah empat kali menjuarai Kejohanan Pencak Silat Asia.

Pasukan silat negara turut meraih pingat perak dalam acara seni ganda putera semalam. Singapura, yang diwakili pasangan adik-beradik Muhammad Haziq Mohd Zaque dan Muhammad Hazim Mohd Zaque tewas kepada pasangan dari Malaysia dalam final.

Sekitar Sukan SEA Hanoi:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3