Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LUMBA BASIKAL

SG hos Tour de France 'criterium' Okt; tarik penyertaan jaguh berbasikal dunia

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



JENAMA Tour de France semakin menarik minat di rantau Asia Tenggara dan Singapura bakal menjadi negara Asean pertama untuk menganjurkan salah satu acara 'criterium', atau perlumbaan basikal dengan bilangan pusingan tertentu pada laluan tertutup di jalan raya awam, selepas jelajah itu.



Perlumbaan Tour de France Prudential Singapore Criterium akan berlangsung pada 29 dan 30 Oktober di satu litar jalanan yang direka khas di tengah-tengah bandar.



Pelumba basikal ternama Britain, Mark Cavendish, pemenang pingat perak Sukan Olimpik dan juara dunia empat kali yang memegang rekod bersama kemenangan terbanyak peringkat Tour de France (34 kemenangan), akan mengetuai senarai 32 pelumba daripada lapan pasukan terbaik berbasikal profesional dunia beraksi di kota Singa ini nanti.



Ia merupakan kali pertama pelumba berusia 37 tahun itu akan beraksi l di rantau ini, dan bintang lumba basikal itu berkata:



"Banyak yang telah saya raih daripada sukan berbasikal dan ia telah menjadi sebahagian dari hidup saya. Saya beruntung dapat melakukan apa yang saya cinta dan saya tidak sabar (untuk ke Singapura) dan berkongsi adrenalin, keghairahan dan keseronokan perlumbaan criterium."



Tour de France ialah perlumbaan masyhur dunia yang diadakan di Perancis sepanjang 23 peringkat dan selama 23 hari, biasanya pada Julai, dan meliputi jarak sekitar 3,500 kilometer.



Criterium pula adalah acara yang lebih pendek yang turut diadakan di beberapa negara di luar Perancis. Dalam acara ini, pelumba menguji kepantasan untuk sebilangan pusingan yang ditetapkan atau berlumba selama 30 hingga 90 minit di sekeliling litar tertutup.



Jarak setiap pusingan adalah antara 800 meter hingga 10 kilometer.



Pelumba dari setiap pasukan akan bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk mengatur strategi bagi kemenangan, dan perlumbaan dimenangi sama ada menerusi kedudukan di akhir perlumbaan atau klasifikasi berdasarkan bilangan pusingan yang dicatat serta bilangan mata yang diperolehi semasa pecut biasa.



Tempoh hujung minggu perlumbaan Tour de France Prudential Singapore Criterium akan merangkumi perlumbaan untuk kedua-dua pelumba profesional dan amatur dan dijangka menjangkau jutaan penonton melalui pelbagai penyiar antarabangsa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >