Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERLUMBAAN MOTOR

SG tuan rumah Siri W, TSS The Super Series

Jul 29, 2022 | 05:30 AM



KEJOHANAN perlumbaan Siri W wanita akan membuat penampilan sulungnya di Asia di Republik ini sebagai perlumbaan sokongan untuk Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura Singapore Airlines 2022 yang berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober ini.



TSS The Super Series, salah satu Siri GT paling kompetitif di Asia dan yang terbesar di Thailand juga akan membuat penampilan sulungnya di Litar Jalan Raya Marina Bay sebagai perlumbaan sokongan pada hujung minggu yang sama.



Singapura akan menjadi tuan rumah pusingan ketujuh musim Siri W 2022, yang kini didahului oleh juara berganda Jamie Chadwick dari Jenner Racing.



Warga Britain berusia 24 tahun itu telah memenangi lima perlumbaan pertama pada kempen semasa yang mempunyai rekod 10 perlumbaan.



Ketua Pegawai Eksekutif W Series, Catherine Muir berkata Asia ialah pasaran utama bagi siri itu.



"Litar Jalan Raya Marina Bay telah membina reputasi baik untuk perlumbaan yang hebat dan kami pasti suasananya akan menjadi luar biasa apabila perlumbaan kembali ke sana selepas rehat.



"Kami mengadakan perlumbaan pertama kami di litar jalanan di Miami Mei lalu dan mendapat pujian yang hebat, dan saya pasti pemandu kami akan menunjukkan satu lagi persembahan menarik di Marina Bay dan terus memberi inspirasi kepada peminat baharu Siri W di Asia," tambah beliau.



Siri W sepatutnya membuat penampilan sulung di Asia di Suzuka, Jepun tetapi rancangan telah diubah kerana "cabaran operasi yang tidak diduga", kata Muir.



"Sejak kami mengumumkan kalendar perlumbaan 2022 kami Januari lalu, landskap global telah berubah dengan ketara.



"Sangat kesal kami tidak akan berlumba di Jepun tahun ini...tetapi cabaran yang terlibat dalam melakukannya telah meningkat dengan ketara dalam tempoh enam bulan yang lalu, dan bagi perniagaan muda seperti kami, ia sangat mengecewakan tidak dapat mengadakan perlumbaan di sana," ujarnya.



TSS The Super Series, yang diluluskan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), menampilkan gabungan kereta super GT3/GTM dan GTC.



Dua perlumbaan jemputan juga akan diadakan di sini, dengan 27 pemandu dari seluruh dunia termasuk Singapura, Thailand dan Australia.



Timbalan pengerusi Grand Prix Singapura, Colin Syn berasa teruja kerana kedua-dua siri ini diadakan di sini buat kali pertama, sambil menyatakan bahawa Siri W "menjadi peneraju dalam mempromosikan kepelbagaian dan kesaksamaan jantina dalam sukan perlumbaan".



Beliau turut memuji TSS The Super Series bagi "barisan supercar GT yang hebat" mereka.



Grand Prix Singapura kembali semula selepas berehat selama dua tahun disebabkan oleh pandemik itu.



Pelumba Max Verstappen mendahului kejuaraan lumba itu dengan mengatasi Charles Leclerc dari Ferrari. Pasukan Verstappem, Red Bull menduduki tempat teratas dalam kedudukan konstruktor diikuti dengan Ferrari dan juara lapan kali, Mercedes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >