Topik diikuti
Pergi ke BHkuShafiqah cipta sejarah menang pingat pertama Singapura bagi silat di Sukan Asia
PENCAK SILAT: Nurul Shafiqah Mohd Saiful (kiri) menentang Tran Thi Them dari Vietnam dalam pusingan separuh akhir acara tanding puteri kelas B di Sukan Asia di Jakarta. - Foto KEVIN LIM
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 26, 2018 | 4:33 PM
JAKARTA: Meskipun ditewaskan 4-1 oleh Tran Thi Them dari Vietnam dalam pusingan separuh akhir acara tanding puteri kelas B di Sukan Asia hari ini (26 Ogos), Nurul Shafiqah Mohd Saiful masih dapat tersenyum dalam tangisan.
Lagipun, anak muda berusia 24 tahun itu berjaya memenangi pingat pertama Singapura bagi sukan silat di Sukan Asia dan beliau tahu ini sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun beliau rasa kecewa.
Ini merupakan kali pertama silat disertakan dalam pentas Sukan Asia.
"Saya rasa saya boleh melakukan lebih baik tapi itulah yang terbaik daripada saya (dengan kecederaan yang saya alami)," ujar Nurul Shafiqah.
