Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BERITA SUKAN

Shakir Hamzah digugur dari skuad Kedah

Jurulatih Aidil Shahrin Sahak terpaksa buat keputusan sukar
Nov 19, 2020 | 05:30 AM



PEMAIN pertahanan nasional Shakir Hamzah telah digugurkan dari skuad Kedah bagi musim 2021, dengan jurulatihnya Aidil Shahrin Sahak, yang juga warga Singapura, berkata ia antara keputusan yang paling sukar baginya sejak mula memimpin pasukan Liga Super Malaysia (MSL) itu.



Ini bermakna Shakir, 28 tahun meninggalkan Kedah selepas dua musim menyarung jersi hijau kuning, dengan rekod 48 perlawanan dan tujuh gol.



Menulis di media sosial, Shakir berkata beliau masih belum bersedia menjawab sebarang soalan mengenai perkara itu, tetapi memberi pengesahan beliau akan meninggalkan Kedah.



"Walaupun saya amat terkilan dengan keputusan yang dibuat Coach namun saya terima bahawa rezeki saya hanya sampai di sini dengan pasukan hebat seperti Kedah," ujar Shakir yang turut merakamkan penghargaan kepada rakan sepasukan, pengurusan persatuan bola sepak di sana dan penyokong Kedah.



"Terima kasih kerana terima saya dan keluarga dengan baik selama dua tahun. Terima kasih pihak pengurusan yang sentiasa menitik beratkan kebajikan saya dan keluarga di sini dan melayan saya dengan baik sekali," ujar Shakir.



Mengulas mengenai keputusannya menggugurkan Shakir dari skuad dalam wawancara dengan Harian Metro, Aidil berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana pasukannya hanya memerlukan seorang pemain import di barisan pertahanan.



"Jadi dengan kepentingan yang sudah difikirkan secara menyeluruh dan mendalam, menyebabkan saya tiada pilihan lain dalam menentukan posisi yang mahu dibentuk untuk musim depan," ujar Aidil, yang menambah bahawa keputusan itu 'sangat berat' kerana Shakir seorang pemain yang komited dan sentiasa memberikan 100 peratus.



"Saya akui terpaksa melakukan satu keputusan yang sukar sejak bersama Kedah apatah lagi Shakir adalah rakan senegara saya dari Singapura dengan pengalamannya yang luas dan profesional telah banyak membantu Kedah mencapai kejayaan sejak 2019," ujar Aidil, yang baru-baru ini turut merakamkan penghargaannya kepada persatuan bola sepak Kedah kerana memberinya peluang memimpin pasukan itu pada tahun depan.



Pengguguran Shakir dari Kedah itu mencetus perbualan rancak di media sosial dalam kalangan penyokong pasukan itu, yang sebahagiannya berkata ketiadaan pemain itu akan dirasai.



Shakir, yang menyertai Kedah bagi musim 2019 membantu pasukan itu menjuarai Piala FA pada musim yang sama, menambah kepada pingat pemenang pertama bagi pertandingan itu yang dimenangi oleh Shakir bersama LionsXII pada 2015.



Shakir juga membantu Kedah melangkah ke final Piala Malaysia pada tahun lalu.



Beliau meneruskan prestasi hebat dengan membantu Kedah mengakhiri musim yang diganggu Covid-19 ini di tangga kedua - di belakang juara Johor Darul Takzim - yang sekali gus melayakkan Kedah ke Piala Gabungan Bola Sepak Asia (AFC).



Shakir menjaringkan gol terakhir bagi Kedah semasa menentang Pahang dalam pusingan pertama Piala Malaysia pada awal bulan ini.



Kedah memenangi perlawanan itu 3-2 untuk melangkah ke suku akhir, tetapi pertandingan itu telah dibatalkan kerana pandemik Covid-19.



Dalam laporannya, Harian Metro berkata Shakir antara pemain import pertahanan terbaik yang pernah mewakili Kedah kerana beliau bukan sahaja pemain yang pantas, malah mampu mengawal bola dengan baik dan boleh menjaringkan gol.



Pasukan MSL dibenarkan mengambil lima pemain import, termasuk seorang pemain melalui kategori negara Asia dan lagi satu di bawah kategori negara Asean.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >