Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shanti gagal ke separuh akhir

Namun beliau catat masa terbaik musim 23.96 saat bagi acara 200 meter
Aug 03, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Di Stadium Olimpik Tokyo pada pagi semalam, wanita terpantas dunia secara santai menepis bahu dengan wanita terpantas Singapura.



Sejurus sahaja habis berbual dengan media di zon campuran selepas perlumbaan pusingan saringan 200 meter beliau, atlet negara Shanti Pereira menoleh dan melihat juara dua kali Sukan Olimpik bagi 100 meter Elaine Thompson-Herah dari Jamaica melalui laluan jalan sempit yang terletak di belakangnya.



Tidak lama sebelum detik pertembungan itu, Pereira mencatat masa terbaik musim 23.96 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam saringan 5.



Masa itu, yang kurang daripada rekod nasional 23.60 saat yang dicatat ketika menang pingat emas di Sukan SEA 2015 di Singapura, menempatkan beliau di kedudukan ke-39 daripada 41 pesaing secara keseluruhan.



Pereira berkata beliau "agak gembira" dan "berpuas hati" untuk mencatat masa di bawah 24 saat, memandangkan beliau belum bertanding dalam perlumbaan utama sejak Sukan SEA di Filipina pada Disember 2019.



Beliau mencatat masa 23.72 saat di perlumbaan Percubaan Persembahan di Home of Athletics di Kallang pada November lalu dan ditanya sekiranya beliau rasa kecewa kerana tidak mencapai masa tersebut, beliau berkata: "Ia mungkin ideal untuk melakukan sedemikian atau mencatat masa terbaik peribadi, tetapi mempertimbangkan semua perkara, saya agak gembira dengan keputusan ini."



Pusingan saringan Pereira dimenangi Anthonique Stratchan dari Bahamas dalam 22.76 saat, sementara pemenang pingat gangsa 100 meter Shericka Jackson dari Jamaica - pelari pecut ketiga paling pantas di dunia dalam jarak itu tahun ini - menduduki tempat keempat dalam 23.26 saat dan terlepas melayakkan diri ke separuh akhir.



Bagi Pereira, 24 tahun, yang menduduki ranking 370 dunia dan bersaing di Tokyo disebabkan tempat universaliti - yang sebelumnya dikenali sebagai 'wildcard' - memiliki peluang untuk mengongsi pentas yang sama dengan pelari pecut terbaik dunia adalah pengalaman yang menyeronokkan.



Meskipun beliau mengatakan ia "mudah terganggu" oleh nama-nama besar, beliau menambah: "Saya tahu saya pastinya tidak akan menjadi pelari terbaik di sini. Jadi, bagi saya, ia benar-benar untuk hanya fokus pada diri saya sendiri."



Pereira menambah bahawa beliau telah melaksanakan sebahagian besar perlumbaannya dengan baik namun enggan menilainya secara mendalam, mengatakan beliau perlu berunding dahulu bersama jurulatih Luis Cunha.



Bagaimanapun, beliau percaya perjalanan Sukan Olimpiknya, yang telah beliau berjaya "atasi" sudah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang baik menjelang 2022 yang sibuk di mana Sukan SEA, Sukan Asia, Kejohanan Dunia dan Sukan Komanwel dijadual berlangsung.



"Saya hanya berterima kasih kerana saya dapat berlumba (dalam acara utama) tahun ini," katanya. "Dalam keadaan ini, dan bahawa ia adalah Sukan Olimpik, ini adalah pengalaman gila. Saya dapat rasakan suasana, stadium, pusingan saringan, semuanya.



"Semoga ia adalah cara yang baik untuk bersiap sedia bagi semua pertandingan tahun depan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >