Shanti menang larian pecut 100m dan 200m, layak sertai Sukan SEA Filipina
Premium
Shanti menang larian pecut 100m dan 200m, layak sertai Sukan SEA Filipina
Dec 19, 2018 | 5:30 AM
LARIAN RATU PECUT: Shanti Pereira (nombor 111) yang meraih pingat emas dalam acara larian pecut 200 meter semasa Sukan SEA 2015 telah memenangi acara 100 meter Ahad lalu dengan catatan masa 11.74 saat di Stadium Wunna Theikdi di Naypyitaw. - Foto MAJLIS SUKAN UNIVERSITI SINGAPURA -
RATU lumba pecut negara Shanti Pereira berjaya 'melupakan' kecederaannya untuk meraih kemenangan dalam acara 100 dan 200 meter berganda di Sukan Universiti Asean (AUG) di Myanmar.
Juara 200 meter Sukan SEA 2015 itu bergelar juara bagi acara 100 meter Ahad lalu selepas mencatatkan masa 11.74 saat di Stadium Wunna Theikdi di Naypyitaw.

