Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLETIK

Shanti Pereira warga S’pura pertama sejak 2011 ke Kejohanan Atletik Sedunia

Dapat tempat tanding di kejohanan di Budapest yang akan berlangsung pada 19 hingga 27 Ogos
Aug 11, 2023 | 12:00 PM



Ratu pecut negara, Shanti Pereira mencatatkan satu lagi pencapaian pada 2023 apabila berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Atletik Dunia berdasarkan merit. 

Pereira, 26 tahun, menempah tempat di kejohanan Budapest itu yang akan berlangsung pada 19 hingga 27 Ogos hasil daripada ranking yang dicapainya dalam kededua acara 100 dan 200 meter.

Beliau rakyat Singapura pertama yang berbuat demikian sejak 2011, apabila Atletik Singapura mula menjejak data sedemikian.

Pereira telah bertanding dalam tiga kejohanan dunia sebelum ini berdasarkan ‘wild card’. 

Terdapat beberapa cara untuk layak secara langsung dalam pertandingan dwitahunan itu.

Yang pertama adalah dengan memenuhi piawai kemasukan menjelang 30 Julai, dengan slot tambahan diisi oleh mereka yang layak melalui kedudukan dunia mereka.   

Atlet diberi markah berdasarkan kombinasi keputusan dan kedudukan mereka, serta tahap pertandingan bagi kejohanan tersebut. 

Terdapat 48 tempat untuk kedua-dua acara 100 dan 200 meter.

Bagi acara 100 meter, seramai 24 pelari pecut telah memenuhi piawai kelayakan 11.08 saat, manakala 24 pelari lain berjaya layak melalui kedudukan dunia mereka.   

Pereira, yang  mempunyai catatan peribadi terbaik 11.20 saat, berada di tempat ke-49 ranking dunia di akhir tempoh kelayakan dengan meraih 1,220 mata.

Tetapi beliau layak sebagai peserta ke-36 teratas sedang setiap negara dibenarkan hanya tiga peserta, walaupun Jamaica mempunyai empat wakil. Ini kerana Shelly-Ann Fraser-Pryce merupakan juara bertahan.   

Bagi acara 200 meter, seramai 26 peserta wanita memenuhi masa kelayakan 22.60 saat. Lagi 22 peserta lain layak melalui kedudukan dunia mereka. 

Pereira, yang mempunyai catatan peribadi terbaik musim ini dengan 22.69 saat, yang juga merupakan rekod nasional, berada di tangga kedua dalam senarai itu dengan 1,228 mata. 

Beliau telah berada dalam keadaan terbaik pada 2023.

Beliau mencapai kejayaan bersejarah dalam acara pecut 100 dan 200 meter di temasya Sukan SEA di Kemboja pada Mei, sebelum mengulangi pencapaian itu dalam kejohanan Asia pada Julai pula.   

Sepanjang beberapa minggu lalu, Pereira telah berlatih dan bertanding di Eropah.

Dalam Kejohanan Atletik Mittsommernacht pada 30 Julai, beliau menewaskan atlet Jerman, Gina Luckenkemper, yang merupakan juara bertahan 100 meter dan 4x100 meter berganti-ganti Eropah, untuk memenangi emas dalam acara 200 meter.   

Beliau juga menduduki tempat pertama dalam acara yang sama dalam Grand Prix Folksam di Malmo, Sweden, pada awal Ogos.

Baru-baru ini dalam satu wawancara bersama akhbar The Straits Times, Pereira menekankan tentang pentingnya memberi tumpuan kepada matlamat yang ingin dicapai tidak kira apa rintangan yang dilalui.


“Apabila anda fokus pada matlamat anda dan tidak peduli tentang apa orang lain fikir, anda hanya diri anda sendiri, anda boleh melakukannya,” kata Pereira.

“Saya lalui siri kejatuhan saya sendiri yang sukar untuk saya bangkit, tetapi walaupun ia berbunyi klise, anda hanya harus percaya pada diri anda sendiri dan yakin bahawa ia adalah perjalanan anda sendiri dan ia tidak kira apa yang orang lain lakukan, selagi anda melakukan apa yang penting untuk diri anda,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >