Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sharapova rayu terhadap penggantungan

Jun 15, 2016 | 10:09 AM
Maria Sharapova bercakap dalam satu sidang akhbar di Los Angeles pada 7 Mac 2016.
Maria Sharapova bercakap dalam satu sidang akhbar di Los Angeles pada 7 Mac 2016. - AFP

LONDON: Juara grand slam lima kali, Maria Sharapova, telah merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Selasa (14 Jun) agar penggantungan dua tahun yang dikenakan ke atasnya bagi kesalahan dadah dihapuskan atau dikurangkan.

Warga Russia berusia 29 tahun itu digantung oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) awal bulan ini selepas diuji positif bagi dadah meldonium, yang diharamkan semasa kejuaraan Terbuka Australia Januari lalu.

Tribunal tertinggi sukan itu berkata dalam satu kenyataan Cik Sharapova memohon dalam rayuannya agar tempoh penggantungan itu dihapuskan, atau sebagai alternatif, dikurangkan.

Kenyataan itu menambah kes tersebut telah dipercepat dan keputusannya akan dibuat menjelang 18 Julai paling lewat, yang bermakna Sharapova masih bercita-cita bertanding di Sukan Olimpik Rio pada Ogos dengan syarat penggantungannya dikurangkan kepada tempoh yang sudah pun dijalaninya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu telah dinamakan dalam senarai kemasukan rasmi Russia bagi kejohanan tenis Sukan Olimpik. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg