Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shawal tidak mahu 'assist' saja, nak jaringkan gol bagi Singa

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



SETELAH merangkul Piala Singapura bersama Hougang United bulan lalu, pemain nasional Shawal Anuar mendambakan satu lagi trofi- Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022.



Shawal kini telah menyertai Lion City Sailors dan sedang berlatih gigih di depan gol bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan rakan penyerang Ikhsan Fandi, yang terlepas beraksi dalam kejohanan ini dek kecederaan lutut.



Rabu lalu, Shawal, 31 tahun, diumumkan sebagai pemain baru Sailors, kelab swasta pertama Singapura, bagi musim depan, selepas dua tahun menyarung jersi Hougang.



Ketika ditemui Berita Harian di tempat penginapan pasukan Singa di Hotel Parkroyal kelmarin, Shawal berkata:



"Memenangi Piala Singapura adalah satu pencapaian sangat besar untuk saya. Kejayaan itu hanyalah satu permulaan. Kami hampir ke perlawanan akhir tahun lepas. Saya harap tahun ini kami dapat ke perlawanan akhir dan menang... Saya ingin menjulang Piala AFF."



Buat julung-julung kali sejak menjadi juara edisi ke-2012, Singapura mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 pada tahun lalu.



Pertandingani itu telah ditunda setahun akibat pandemik Covid-19.



Namun, pasukan Singa tewas kepada Indonesia 3-5 dalam separuh akhir, sekali gus terlepas peluang memburu trofi kejuaraan kelimanya.



Kedahagaan Shawal itu terdorong oleh prestasi hebatnya dalam musim domestik tahun ini.



Beliau menjaringkan 14 gol ketika 33 kali menyarung jersi Hougang dalam semua pertandingan kelab musim ini, dan berharap membawa rentak itu ke dalam Piala AFF.



"Semasa latihan saya cuba menyempurnakan lebih banyak rembatan ke dalam gawang. Selalunya saya lebih melakukan assist berbanding menjaringkan gol," kata Shawal, yang lebih kerap diturunkan sebagai pemain sayap.



"Tapi sepanjang tempoh ini saya akan cuba menyumbat lebih banyak gol sedang saya menggalas peranan penyerang."



Pemindahan ke Sailors juga bermakna pentas Liga Juara-Juara AFC yang besar menanti Shawal tahun depan, yang boleh dianggap sebagai antara kemuncak kerjaya seorang pemain bola sepak Singapura.



Ditanya apa lagi peminat boleh jangkakan daripada beliau, Shawal, yang bakatnya dicungkil selepas beraksi untuk Keppel Monaco FC dalam Liga Bola Sepak Nasional yang separuh profesional pada 2013, berkata:



"Saya tidak pasti... Tapi untuk setiap musim atau dalam setiap perlawanan, saya akan memberikan yang terbaik. Daripada situ, orang ramai boleh menilai persembahan saya.



"Saya bukanlah pemain yang menetapkan gaya 'new year, new me' (tahun baru, diri baru). Setiap tahun, saya benar-benar sama, iaitu hanya bekerja keras."



Shawal memulakan kerjaya profesionalnya pada 2014 bersama Geylang International dalam Liga-S.



Meskipun menandatangani kontrak untuk beraksi dalam Liga Prime - khusus bagi pemain simpanan - Shawal berjaya diturunkan selama 69 minit untuk perlawanan skuad senior Geylang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >