Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sheik Alau'ddin jangka skuad S'pura bawa pulang lima emas

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN tanpa empat juara dunia dalam skuad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Pencak Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican kekal yakin anak didiknya yang lain mampu memberikan persembahan terbaik dalam Kejohanan Pencak Silat Asia mulai hari ini.



Malah, lima pingat emas juga menjadi sasaran skuad negara dalam edisi keenam kejohanan itu, yang diadakan di Kashmir, India, tambah Sheik Alau'ddin.



Kejohanan itu, yang diadakan secara tahunan sejak 2016, kembali dianjurkan buat pertama kali selepas pandemik Covid-19. Edisi kali ini menampilkan 12 negara Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Vietnam, dengan saingan akan sampai ke kemuncaknya Ahad ini.



Singapura diwakili 24 pesilat yang bertanding dalam 21 acara.



Juara dunia empat kali, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, bersama abangnya, Sheik Ferdous, juga juara dunia pada 2018, terlepas beraksi dalam kejohanan kali ini kerana sedang pulih dari kecederaan.



Dua lagi juara dunia, Muhammad Hazim Mohd Yusli dan Aniq 'Asri Mohammad Yazid, turut tidak disertakan dalam skuad tahun ini.



Hazim, 20 tahun, kini menjalani Perkhidmatan Negara (NS), manakala Aniq, 16 tahun, sedang menumpukan perhatian pada pelajaran.



Ini bermakna Farhan dan Hazim tidak akan mempertahankan gelaran juaranya yang dimenangi dalam edisi lalu pada 2019 di Yanji, China.



"Atlet ini harus berehat dari pertandingan kerana mereka perlu meletakkan tumpuan pada bahagian lain (dalam hidup mereka) buat masa ini," kata Sheik Alau'ddin kepada Berita Harian.



"Sokongan kuat mereka pasti akan dirindui atlet-atlet yang beraksi. Tapi, saya pasti sesiapa saja yang dihantar untuk mewakili Singapura dalam pertandingan, mereka akan perlu memberikan fokus 100 peratus dan terus menyokong dan memberi sorakan kepada anggota pasukan mereka."



Namun begitu, Sheik Alau'ddin bersikap realistik tentang peluang pingat skuadnya. Beliau menjangkakan lima emas.



Dalam edisi Kejohanan Pencak Silat Asia yang lalu, Singapura membawa pulang tujuh emas, dua perak dan tujuh gangsa dan ialah naib juara secara keseluruhan dalam kalangan negara bertanding.



"Kebanyakan mereka telah bersaing dalam kejohanan besar tahun ini.



"Saya tidak meletakkan jangkaan tinggi, tapi saya percaya bahawa atlet akan memberikan persembahan terbaik mereka menyusuli pencapaian luar biasa yang kami perolehi dalam Kejohanan SEA, Sukan SEA dan Kejohanan Dunia," tambah Sheik Alau'ddin, yang juga merupakan presiden Persekutuan Pencak Silat Asia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >