Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sheik Farhan juarai kejohanan silat dunia

Aug 1, 2022 | 5:30 AM
AKHIRNYA MENJADI JUARA: Sheik Farhan (kanan) dinobatkan sebagai pemenang meskipun kemenangannya dipertikai oleh pihak lawan. - Foto SIA KIAN TECK/PERSISI
AKHIRNYA MENJADI JUARA: Sheik Farhan (kanan) dinobatkan sebagai pemenang meskipun kemenangannya dipertikai oleh pihak lawan. - Foto SIA KIAN TECK/PERSISI -

PENGUASAAN Sheik Farhan Sheik Alau'ddin dalam arena silat dunia berlanjutan setelah satria Singapura itu berjaya mempertahankan pingat emasnya dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-19 semalam.

Farhan, 25 tahun, dinobatkan sebagai pemenang selepas menentang pesilat Indonesia, Rangga Andika, yang cedera semasa perlawanan dan gagal meneruskan saingan, dalam aksi akhir tanding J putera, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Pasukan Indonesia mempertikaikan kemenangan itu tetapi bantahan itu ditolak lewat malam tadi.

Akibat bantahan itu, majlis penyampaian pingat Farhan, yang pada asalnya dijadual pada tengahari semalam, turut ditunda.

Kejuaraan itu adalah yang keempat berturut-turut diraih Farhan di pentas dunia.

Farhan kelihatan tidak menunjukkan sebarang emosi selepas dinobat juara pada pagi semalam.

Secara tradisi, juara dalam sukan silat akan berlari mengelilingi gelanggang dengan bendera negara mereka.

"Saya tidak mahu menambah kesengsaraan lawan saya yang terbaring cedera dalam gelanggang.

"Saya sudah menang dan tidak lagi perlu sambutan yang berlebihan. Saya sudah melakukannya semasa saya muda...Tapi, saya benar-benar gembira dengan kemenangan ini," kata Farhan kepada Berita Harian.

Pencapaian mantap Farhan juga menjadikannya sebagai pesilat paling berjaya negara, mengatasi dua gelaran dunia yang dimenangi bapanya, Sheik Alau'ddin (1990 dan 1994); Shakir Juanda (2012 dan 2016); dan rakan sepasukan, Iqbal Abdul Rahman (2018 dan 2022).

Ditanya mengenai perasaannya digelar pahlawan terhebat Singapura, Farhan berkata:

"Bagaimana perasaan saya? Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk membandingkan diri dengan pesilat lain di Singapura.

"Tapi, untuk menang enam kejuaraan besar dalam tujuh tahun, ia adalah pencapaian yang besar. Ia sesuatu yang menggembirakan."

Farhan turut menggenggam dua emas Sukan SEA (2017 dan 2022) dalam tempoh tujuh tahun itu.

Tahun ini, beliau belum lagi dikalahkan setelah menyapu emas dalam ketiga-tiga kejohanan besar silat - Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara, Sukan SEA dan Kejohanan Pencak Silat Dunia - sejak Februari lalu.

Meskipun sudah menakluki setiap pentas silat, Farhan menjanjikan lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Sasaran seterusnya beliau adalah dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia dan Sukan SEA tahun depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg