Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Sheik Ferdous teruskan latihan dengan skuad nasional

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



PESILAT negara Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin meneruskan latihannya bersama skuad nasional walaupun dia berdepan pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk.



Kelmarin, Ferdous, 26 tahun, didakwa mempunyai sekurang-kurangnya 93 mikrogram (mcg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas semasa memandu di Cantonment Road menghala ke Keppel Road pada kira-kira 2.30 pagi pada 27 November 2022.



Hadnya ialah 35mcg alkohol dalam 100ml nafas.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, Persekutuan Silat Singapura (Persisi) berkata:



"Buat masa ini, Jawatankuasa Tatatertib kami sedang mengkaji kes semasa. Dan seperti yang dinyatakan dalam artikel bahawa kesnya ditangguhkan kepada 14 Februari, Ferdous masih meneruskan latihan kebangsaannya seperti biasa."



Antara banyak pencapaiannya, Sheik Ferdous, 26 tahun, memenangi emas dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2018 dan perak pada Sukan SEA 2021.



Beliau juga merupakan salah seorang anak kepada ketua eksekutif Persekutuan Silat Singapura, Dr Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Skuad silat Singapura bakal bersaing di Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei ini, dengan beberapa kejohanan utama seperti Kejohanan Pencak Silat Pantai Dunia, Kejohanan Pencak Silat Asia dan Kejohanan Pencak Silat Dunia dijangka diadakan tahun ini.



Ferdous juga ialah penerima Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa Spex).



Ditanya sama ada biasiswanya akan ditarik balik, Persisi enggan mengulas lanjut dan mengatakan Jawatankuasa Tatatertibnya sedang mengkaji kes tersebut.



Kesnya telah ditangguhkan ke 14 Februari.



Pesalah kali pertama yang disabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk boleh dipenjara sehingga setahun dan denda sehingga $10,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $20,000. - ZULAIQAH ABDUL RAHIM



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >