Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

JURULATIH SILAT KORBAN DALAM NAHAS JALAN RAYA

Sheik ke Indonesia Sabtu untuk hulur derma dikumpul kepada balu Allahyarham

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



USAHA mengumpul derma bagi balu jurulatih pasukan silat negara, Encik Mochammad Ichsan Nur Romadhon, yang meninggal dunia menyusuli satu kemalangan jalan raya Sabtu lalu, masih diteruskan.



Sejauh ini sekitar $17,000 telah berjaya dikumpul dalam tempoh sekitar 24 jam bagi keluarga Allahyarham.



Ini selepas Persekutuan Silat Singapura (Persisi) melancarkan usaha mengumpul derma bagi balu Allahyarham, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, yang dihubungi wartawan pagi semalam.



Persisi sendiri menyumbang $5,000 sebagai sebahagian daripada jumlah yang terkumpul sejauh ini.



"Usaha mengumpul derma ini masih diteruskan sehingga Sabtu ini, apabila saya berangkat untuk bertemu dengan keluarga Allahyarham di Indonesia, di mana saya akan serahkan semua derma ini.



"Pemergian Allahyarham begitu mendadak sekali dan menjejas ramai anggota kami serta orang ramai yang mengikut sukan ini. Maka kami akan sedaya upaya bantu selagi boleh," katanya lagi.



Sheik Alau'ddin akan berangkat ke kampung Kenanten di Mojokerto, sebuah bandar sekitar 40 kilometer barat daya Surabaya di mana keluarga Allahyarham tinggal, untuk menyampaikan sumbangan yang terkumpul itu.



Adalah dilaporkan bahawa balu Allahyaram, Cik Titik Khusumawati, juga mengalami kecederaan pada kepala dan kaki kanannya dan telah menjalani pembedahan.



"Balu Allahyarham seorang yang amat kuat, biarpun cedera.



"Mujur juga kededua anak kecil mereka tidak cedera dalam kemalangan itu," kata Sheikh Alau'ddin lagi.



Malam kelmarin, satu majlis tahlil untuk Allahyarham telah diadakan di Dewan 4, OCBC Arena - disertai para atlet, jurulatih, ibu bapa atlet, pihak pengurusan serta kakitangan Persisi.



Sementara itu Persisi juga telah mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga ahli silat Indonesia bagi menggantikan Allahyarham.



Ketiga-tiga mereka berusia antara 31 dengan 33 tahun dan merupakan rakan sparring kepada para pesilat nasional.



Menurut beliau, pihaknya masih menantikan dokumentasi daripada mereka yang telah dikenal pasti.



"Apabila lengkap, kami akan menemuramah mereka.



"Ciri-ciri yang diperlukan ialah mereka pernah jadi atlet jadi mereka tahu apa yang boleh dijangkakan semasa latihan.



"Kami juga mencari mereka yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya berpendidikan universiti.



"Tapi yang lebih penting lagi, mereka juga perlu mempunyai sikap positif, berdisiplin tinggi dan beradab - seperti juga yang dipamerkan Allahyarham Romadhon yang saling hormat dan dihormati para atlet," katanya.



Allahyarham, 34 tahun, yang juga bekas atlet Indonesia, telah bekerja dengan Persisi sejak lapan tahun lalu dan merupakan salah seorang daripada empat jurulatih negara ini yang bertanggungjawab ke atas persiapan para atlet yang bertanding di Sukan SEA Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.



Di Sukan SEA itu, pasukan silat negara meraih empat pingat emas, tiga perak dan empat gangsa - pencapaian terbaik mereka di temasya sukan tersebut sejauh ini.



"Allahyarham begitu disiplin dan berpegang kepada tanggungjawabnya selaku jurulatih negara ini.



"Itulah antara ciri-ciri yang kami akan cuba dapatkan apabila dapatkan pengganti Allahyarham nanti," katanya.



Kesemuanya, menurut Sheikh Alau'ddin, Persisi kini mempunyai seramai tujuh jurulatih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >