Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sheikh Jassim nanti penjelasan tawaran eksklusif beli Man Utd

Jun 16, 2023 | 09:28 AM



LONDON: Satu sumber dekat dengan Sheikh Jassim Hamad Al Thani berkata pada Khamis, pihak yang mewakili jutawan itu sedang menantikan butiran lanjut daripada Manchester United menyusuli laporan yang mencadangkan Sheikh Jassim boleh diberikan tawaran eksklusif dalam persaingan membeli kelab tersebut.


United, pada November 2022, mengumumkan lembaga kelab itu sedang meneroka beberapa pilihan untuk mempertingkat pertumbuhan kelab itu, termasuk menjual itu kelab secara sepenuhnya.

Keluarga Glazer, yang memiliki kelab tersebut pada masa ini, difahami meletakkan nilai £6 bilion ($10.2 bilion) ke atas United dan khidmat Raine Group telah diperolehi oleh kelab itu untuk memantau proses penjualan.

Sheikh Jassim membuat bidaan kelima dan yang terakhir untuk membeli kelab itu pada minggu lalu dan adalah difahami, bidaan itu dianggap lebih baik berbanding bidaan yang dikemukakan oleh jutawan Britain, Jim Ratcliffe.

Satu laporan pada Khamis mencadangkan sebarang syarat eksklusif yang diberikan kepada Sheikh Jassim akan mengecualikan Ratcliffe daripada proses pembidaan sehingga tempoh eksklusif berakhir. 

Namun, sumber yang dekat dengan proses bidaan itu memberitahu AFP tiada sebarang butiran terkini daripada pihak Sheikh Jassim dan tiada jadual jelas untuk mengambil langkah seterusnya.


Tawaran yang dikemukakan oleh Sheikh Jassim, seorang jurubank warga Qatar ialah untuk membeli 100 peratus kelab itu.

Sebaliknya, media Britain telah melaporkan Ratcliffe ingin membeli sebahagian United sahaja, tetapi yang memberikannya kuasa ke atas kelab itu dan membolehkan keluarga Glazer tetap terlibat dengan kelab. 

Namun, keadaan itu dijangka ditolak peminat setia kelab, yang mempunyai hubungan tegang dengan keluarga Glazer, yang dianggap tidak mengutamakan kesejahteraan kelab dan lebih mengutamakan keuntungan.

Perdagangan bagi saham United di Bursa Saham New York dihentikan buat sementara pada Khamis, walaupun nilai meningkat 12 peratus apabila ia disambung.

Satu syarikat baru, Nine Two UK Holdings Limited juga dirasmikan di Britain pada Khamis yang difahami sebahagian persiapan Sheikh Jassim untuk mengambil alih kelab jika bidaannya berjaya.

Dokumen yang diterbitkan di laman web Companies House menunjukkan Sheikh Jassim sebagai pihak perseorangan yang mempunyai kuasa besar ke atas syarikat itu.

Di tempoh penutup bidaan pada April, Ratcliffe, pengasas syarikat bahan kimia INEOS dilihat sebagai pendahulu dalam persaingan membeli United.

United mengakhiri kemarau trofi enam tahun dengan memenangi Piala Liga England pada Februari dan mengakhiri musim Liga Perdana England (EPL) pertama di bawah kepimpinan pengurus baru Erik ten Hag di tangga ketiga.

Proses peralihan pemilik yang berpanjangan ini bermakna kelab it memasuki tempoh perpindahan pemain musim panas yang genting dalam keadaan tidak menentu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >