Premium
Shenzhen dipilih hos baru bagi 10 tahun mendatang
Jan 21, 2018 | 5:30 AM

JUARA TAHUN LALU: Srikandi tenis Denmark, Caroline Wozniacki, meraikan kejayaan di kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura tahun lalu. - Foto fail -
SAIZ penting, justeru jumlah penduduk serta kekuatan kewangan yang lebih besar Shenzhen membantu bandar China itu mendapatkan hak penganjuran kejohanan tenis penutup musim berprestij - Final WTA - untuk 10 tahun mendatang mulai tahun depan.
Shenzhen mengatasi lima calon lain termasuk Prague, St Petersburg dan juga Singapura - hos kejohanan elit ini sejak empat tahun lalu. Ini bermakna kejohanan elit yang menampilkan hanya lapan pemain dan beregu wanita terbaik dunia itu akan dianjurkan buat kali terakhir di Stadium Tertutup, Hab Sukan Singapura pada hujung tahun ini sebelum kejohanan itu berpindah ke Shenzhen.

