SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah memeterai perjanjian dengan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk menjadi Rakan Penerbangan Rasmi bagi Team Singapore.
Kenyataan bersama SIA-SNOC semalam menyatakan bahawa di bawah perjanjian selama tiga tahun yang bermula sekarang hingga 30 April 2018, SIA akan menawarkan tiket-tiket pada harga yang dipersetujui kepada para atlit dan pegawai yang bakal menyertai temasya-temasya sukan utama termasuk Sukan Olimpik 2016, Sukan Belia Asia 2017 dan juga Sukan SEA 2017.