Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Siapa bakal jadi juara?

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



England akan berdepan Italy pada final Euro 2020 awal pagi Isnin ini. Beraksi di padang sendiri, England menjadi pasukan pilihan, namun perlu mengatasi saingan Italy, pasukan yang semakin meningkat naik. BERITA HARIAN memilih empat pemain yang perlu diberi perhatian dalam aksi yang menjanjikan persaingan sengit.



HARRY KANE



Kapten dan penyerang England, Harry Kane menjadi wira negara selepas menjaringkan gol kemenangan yang menyaksikan pasukan kendalian Gareth Southgate mara ke pusingan akhir Euro 2020 selepas menewaskan Denmark 2-1.



Kane telah pun menjaringkan empat gol dalam kejohanan Eropah kali ini, dan semua gol tersebut dijaringkan sewaktu perlawanan kalah mati selepas beliau gagal meletakkan bola di gawang lawan di peringkat kumpulan.



Pemain berusia 27 tahun itu merupakan penjaring terbanyak England di Euro 2020 dan memerlukan satu atau dua lagi gol untuk merebut anugerah But Emas keduanya dalam pertandingan bola sepak utama.



Pada Piala Dunia 2018, beliau telah menjaringkan enam gol dan menamatkan pertandingan tersebut sebagai penjaring terbanyak.




NICOLO BARELLA



Pemain tengah Italy ini merupakan antara tunggak utama pasukan dan berjaya mempamerkan persembahan yang konsisten sepanjang kempen kejohanan ini.



Barella menunjukkan bahawa beliau tidak gentar ketika berhadapan dengan lawan yang berprofil tinggi dari dirinya.



Pemain berusia 24 tahun itu sekali lagi akan memikul tanggungjawab penting di tengah padang sedang Italy memburu peluang membawa pulang trofi kejohanan Eropah apabila menentang pasukan England yang hebat.




BUKAYO SAKA



Sekiranya bola sepak benar-benar "pulang" pada Isnin ini, sebahagiannya disebabkan pemain remaja yang rendah hati dan membesar berdekatan dengan Stadium Wembley.



Persembahan Bukayo Saka sepanjang kejohanan Euro 2020 ini telah menarik perhatian ramai penyokong pasukan England.



Sewaktu perlawanan menentang Denmark, beliaulah yang membantu melakar gol penyamaan setelah hantaran lintangnya menyebabkan Simon Kjaer untuk menjaringkan gol sendiri.



Sebelum kejohanan ini bermula, ramai yang menyebut tentang bintang England seperti Jack Grealish, Phil Foden dan Jadon Sancho, namun nama Bukayo Saka kini menjadi sebutan dan persembahannya yang memukau mungkin telah memberinya peluang beraksi dalam perlawanan akhir ini.




GIANLUIGI DONNARUMMA



Selepas Gianluigi Buffon menguasai posisi penjaga gawang pasukan Italy selama dua dekad, di mana beliau telah ditampilkan sebanyak 176 kali (satu rekod negara) dan membantu Italy menjadi juara dunia pada 2016, kekosongan amat terasa setelah beliau bersara.



Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Italy akan menggantikan pemain yang tiada tandingannya itu.



Nasib bagai menyebelahi Mancini kerana beliau mempunyai penjaga gawang muda yang namanya semakin meningkat naik ini.



Pasukan Azzuri dapat bergantung kepada penjaga gawang berusia 22 tahun itu yang telah pun dianggap sebagai pemain berkelas dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >