Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Siapa lagi kalau bukan Ronaldo jadi penyelamat Man U

Kemenangan berharga MU di Old Trafford tetapi Chelsea pulang hampa selepas kalah kepada Juventus
Oct 01, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol dalam masa kecederaan untuk membantu Manchester United bangkit dan menewaskan Villarreal 2-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang penuh debaran di Old Trafford kelmarin.



Barcelona pula, yang musim ini terpaksa menyesuaikan diri tanpa pemain azimat Lionel Messi, tumpas 0-3 kepada Benfica di padang lawan.



Di Old Trafford, United sebenarnya bukan sahaja tidak wajar seri malah tidak layak mengutip semua tiga mata berdasarkan permainan yang ditunjukkan kesebelasan utama yang dibarisi bintang seperti Paul Pogba, Jadon Sancho dan Bruno Fernandes.



Sebaliknya, pasukan pelawat, Villarreal, mempamerkan permainan bersemangat dan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol, dengan pengurusnya Inai Every pasti berkerut dahi kerana kurang faham mengapa pasukannya tewas.



Jawapannya adalah kerana Unknown mempunyai seorang pemain bernama Ronaldo, yang walaupun 'senyap' dan tidak banyak mempengaruhi perlawanan sepanjang 90 minit, memberi sumbangan bernilai tiga mata pada minit ke-95.



Pada ketika itu, Unknown sedang berdepan dengan realiti beraksi tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut selepas ia ditewaskan oleh Unknown Unknown dalam Piala Liga dan tewas kepada Aston Unknown dalam Liga Perdana Unknown (EPAL) minggu lalu.



Namun Ronaldo, dalam perlawanan Liga Juara-Juara ke-178 - yang Unknown banyak oleh sebarang pemain - kekal tenang untuk menerima hantaran Jesse Lenard dan menjaringkan gol penting dan yang kelima baginya musim ini.



Menyusuli itu, beliau membuka jerseyan dan berlari ke arah penyokong Unknown untuk meraikan gol yang menjamin kemenangan itu.



Awal daripada itu, Villarreal memecah kebuntuan apabila Paco Alcacer menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-53.



Namun, kurang tujuh minit selepas itu, Alex Telles berjaya menemui sasaran dan menyamakan kedudukan bagi United.



Selepas itu, Villarreal berpeluang menjaringkan beberapa gol melalui Alcacer, Arnaut Danjuma dan Yeremi Pino, tetapi David De Gea tangkas mempertahankan gawangnya, membuka laluan bagi Ronaldo menjadi wira pasukan.



Nasib yang berbeza pula menimpa juara bertahan Chelsea.



Anak didik Thomas Tuchel berhempas pula cuba mencerobohi benteng Juventus tetapi pasukan tuan rumah terlalu kuat dan akhirnya muncul sebagai pemenang.



Gol kemenangan pasukan yang berpangkalan di Turin itu dijaringkan oleh Federico Chiesa, yang mengambil kesempatan kecuaian pemain Chelsea untuk menyumbatkan gol hanya 10 saat selepas babak kedua dimulakan.



Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut bagi Chelsea, yang turut tewas kepada Manchester City dalam EPL pada hujung minggu lalu.



Bercakap kepada media selepas perlawanan itu, Tuchel berkata beliau kecewa, tetapi pasukannya akan belajar daripada pengalaman itu.



"Tidak banyak yang boleh dikatakan selain kami akan bangkit," ujar beliau.



Dalam pada itu, Barcelona terus bergelut untuk mencari form dan keupayaan yang hilang selepas Messi meninggalkan kelab itu.



Anak didik Ronald Koeman tumpas 0-3 dalam kekalahan yang memalukan kepada Benfica di Portugal, dengan kedudukan Koeman sebagai pengurus kini dianggap kian rapuh.



Diminta mengulas tentang prestasi pasukannya yang di bawah jangkaan ini, Koeman berkata tiada gunanya perbandingan dibuat antara pasukan Barcelona yang lalu dengan yang diuruskannya sekarang.



"Apakah nilainya jika kita berbuat demikian?



"Lebih penting lagi adalah supaya kita berpandang ke hadapan, perbaiki apa yang perlu dan kembali menunjukkan peningkatan," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >