Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Siapa sangka Australia mara...

Dec 01, 2022 | 05:10 PM



DOHA: Dalam kumpulan yang turut dianggotai dua bekas juara Eropah, Australia dijangka bergelut untuk mengutip mata dan sama sekali tidak dijangka melayakkan diri ke pusingan seterusnya.


Namun, di akhir pusingan kumpulan, Australia mara ke pusingan kalah mati sebagai naib juara Kumpulan D dengan mengutip enam mata – jumlah mata yang sama dengan juara kumpulan, Perancis, yang juga bekas juara Eropah dan juara bertahan di pertandingan ini.


Tiga mata terakhir dikutip oleh Australia pada Khamis (1 Dis), apabila ia menewaskan Denmark 1-0, menjerumus bekas juara Eropah itu ke tangga paling bawah kumpulan, sekali gus menyingkirkan pasukan yang ditaburi pemain bertaraf bintang.


Pencapaian itu membuka laluannya ke pusingan kalah mati dan satu lagi perlawanan dengan gergasi bola sepak.


Kini, Lionel Messi dan Argentina – juara Piala Dunia dua kali – menanti Australia di pusingan kalah mati. 


Berita kemenangan Australia itu disambut dengan ‘pesta’ meriah di Melbourne, dengan sekumpulan peminat setia pasukan bola sepak itu berhimpun untuk menyaksikan perlawanan itu walaupun ia berlangsung pada waktu dini hari.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >