Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siapakah boleh ganti Shawal?

Dengan penyerang utama berkemungkinan tidak diturunkan bagi perlawanan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember, BERITA HARIAN melihat tiga pemain yang mampu menggantikan tempatnya.
Dec 19, 2024 | 5:03 PM
Penyerang utama Singa, Shawal Anuar, terpaksa dikeluarkan selepas perlawanan menentang Thailand akibat kecederaan.
Penyerang utama Singa, Shawal Anuar, terpaksa dikeluarkan selepas perlawanan menentang Thailand akibat kecederaan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Dengan penyerang utama berkemungkinan tidak diturunkan bagi perlawanan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember, Berita Harian (BH) melihat tiga pemain yang mampu menggantikan tempatnya.

1) Abdul Rasaq Akeem, 23 tahun

Beliau mempunyai badan yang tegap, sering dilihat melindungi bola daripada dirampas pertahanan lawan. Walau berusia 23 tahun, Abdul Rasaq Akeem, tidak gentar menghadapi pasukan lawan.

Beliau sudah mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Juara-Juara Kedua Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan menjaringkan empat gol untuk Lion City Sailors dalam Liga Perdana Singapura (SPL).

Jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura, boleh memanfaatkan fizikal Abdul Rasaq bagi perlawanan nanti.

Penyerang Singapura, Abdul Rasaq Akeem.
Penyerang Singapura, Abdul Rasaq Akeem. - Foto ST

2) Taufik Suparno, 29 tahun

Pertahanan sebuah pasukan bola sepak bermula daripada penyerang dan Taufik Suparno mampu melakukan tugasan tersebut.

Penyerang BG Tampines Rovers itu rajin membuat larian untuk mematahkan penguasaan pertahanan lawan.

Beliau sudah membuat sembilan penampilan untuk pasukan nasional namun belum menjaringkan gol.

Taufik, 29 tahun, sudah semestinya ingin menjaringkan gol pertamanya untuk negara dalam perlawanan getir menentang Malaysia.

Penyerang Singapura, Taufik Suparno.
Penyerang Singapura, Taufik Suparno. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

3) Faris Ramli, 32 tahun

Dianggap sebagai penyerang paling berpengalaman dalam skuad Singa, Faris Ramli sedang melalui kejohanan AFF Mitsubishi Electric yang memberangsangkan.

Beliau sudah menjaringkan dua gol dengan satu daripadanya rembatan cantik dari luar kotak penalti menentang Thailand.

Setakat ini, beliau telah menjaringkan 13 gol untuk Singapura.

Namun, posisi terbaiknya adalah di bahagian sayap berbanding barisan hadapan, berbeza dengan posisi yang dimainkan Shawal.

Pemain sayap Singapura, Faris Ramli.
Pemain sayap Singapura, Faris Ramli. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg