Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

IKON SUKAN

Siapakah Mykhailo Mudryk?

Chelsea buat bayaran pendahulan bagi pemain sayap dari Ukraine
Jan 24, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea telah membuat bayaran pendahuluan £62 juta ($101 juta) dan akan membelanjakan £27 juta lagi dalam bentuk bonus untuk pemain dengan 12 gol yang tidak pernah bermain di luar Ukraine.



Jadi siapakah Mykhailo Mudryk dan mengapa beliau menarik perhatian?



Pemain sayap Shakhtar Donetsk berusia 22 tahun, yang telah bermain lapan kali untuk Ukraine, meningkatkan kalibernya dalam Liga Juara-Juara musim ini.



Sebelum musim ini Mudryk hanya menjaringkan dua gol dalam 47 penampilan untuk tiga kelab berbeza di tanah airnya.



Tetapi musim ini prestasi dan profilnya telah berkembang maju ke tahap yang lebih tinggi.



Mudryk menjaringkan tiga gol dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk Shakhtar - satu kali menentang RB Leipzig dan dua kali menentang Celtic - walaupun mereka tersingkir.



Tiga gol beliau adalah lebih daripada jumlah gol yang dijaringkan Chelsea secara keseluruhan.



Beliau juga membuat dua bantuan, sebanyak Mason Mount, Thiago Silva, Raheem Sterling dan Marc Cucurella, pembantu tertinggi di Chelsea.



Mudryk, yang telah menandatangani kontrak sehingga 2031, telah menjaringkan tujuh gol dalam lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Ukraine, serta membuat enam bantuan dalam 12 perlawanan.



Malah beliau mempunyai purata gol atau bantuan setiap 65 minit dalam liga Ukraine musim ini, dan setiap 79 minit musim lalu.



Beliau berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang di tengah-tengah ketidakpastian di tanah airnya dengan pencerobohan berterusan oleh Russia.



Mudryk tidak kekurangan cita-cita dan bercakap tentang keinginannya untuk memenangi Ballon d'Or.



Ketika dianugerahkan trofi untuk pemain terbaik Shakhtar buat kali kedua berturut-turut, beliau memberitahu laman web kelab mereka:



"Tiada siapa menjangka saya akan memenangi anugerah pemain terbaik Shakhtar pada 2021.



"Tiada siapa menjangkakan saya akan dapat Bola Emas juga, tetapi ia mungkin berlaku satu hari nanti. Ini adalah salah satu matlamat peribadi saya."



Berbanding pengurus lain, Mudryk telah bermain lebih banyak perlawanan untuk Roberto de Zerbi, bekas bos Shakhtar pada musim 2021-22.



Kini mengetuai Brighton, de Zerbi baru-baru ini berkata:



"Saya rasa Mudryk boleh memenangi Ballon d'Or pada masa depan."



Sehingga musim ini Mudryk mungkin tidak dikenali ramai di luar tanah airnya.



Beliau dipinjam kepada Arsenal Kyiv pada 2018-19 dan Desna Chernihiv pada 2020-21 tanpa menjaringkan gol.



Mudryk membuat penampilan sulungya di Liga Juara-Juara musim lalu dan menjaringkan dua gol dalam Liga Perdana Ukraine yang tidak pernah tamat disebabkan perang Russia.



Tetapi oleh kerana persembahannya dalam kedua-dua kempen itu, Mudryk telah menjadikan dirinya sebagai sasaran beberapa pasukan terbesar Eropah.



Presiden Shakhtar Rinat Akhmetov berkata:



"Saya yakin Mykhailo akan memenangi rasa hormat, simpati dan kasih sayang semua ahli bola sepak dunia dengan kepantasannya, tekniknya, permainannya yang mengagumkan dan cantik."



Mudryk juga menjadi pemain tetap dalam pasukan Ukraine sejak penampilan sulungnya pada Jun 2022, dengan enam daripada lapan penampilannya menentang Scotland, Wales dan Republik Ireland.



Chelsea menggelar Mudryk sebagai "pemain yang mahir dengan kepantasan yang pantas" dan "salah seorang pemain penyerang paling berbahaya di Eropah dalam situasi satu lawan satu".



Pengerusi Blues Todd Boehly dan pemilik kawalan bersama Behdad Eghbali menambah dalam satu kenyataan:



"Beliau adalah bakat yang sangat menarik yang kami percaya akan menjadi tambahan hebat kepada skuad kami sekarang dan pada tahun-tahun akan datang." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >