Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MEMBANGUN BAKAT BOLA SEPAK S’PURA

'Sikap mudah berpuas hati perlu dihentikan'

Apr 16, 2023 | 05:30 AM



MENINGKATKAN standard Liga Perdana Singapura (SPL) adalah tanggungjawab pemain, kata bekas pemain Singa, Aide Iskandar dan Rafi Ali.



Bahkan, duo itu menambah bahawa sikap mudah berpuas hati dalam pemikiran pemain tempatan perlu dihentikan sekiranya bola sepak Singapura ingin menyaksikan kemajuan.



Dengan mutu permainan SPL terhenti pada tahap sama sejak beberapa tahun lalu, Rafi, pemenang dua kali Liga-S yang kini dinamakan sebagai SPL, berpendapat bahawa pemain Singapura mesti mendorong diri mereka untuk menjadi lebih baik dan menetapkan penanda aras mereka sendiri.



Aide, yang juga pernah menggondol dua trofi Liga-S, pula berasakan kekurangan pemain di sini adalah keberanian untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi.



Beliau juga menggesa kelab-kelab SPL untuk melabur dalam jurulatih kecergasan yang mampu membantu memperbaiki prestasi pemain.



"Masalah" mudah berpuas hati ini dikupas dalam satu episod podcast sukan Berita Harian/Berita Minggu, #NoTapis Extra Time, baru-baru ini.



Ini memandangkan projek Unleash The Roar! (UTR) sedang meneroka kemungkinan untuk menambah lebih banyak pasukan asing dan bilangan pemain import dalam setiap pasukan bagi menaikkan standard SPL.



Dua kelab yang dikhabarkan telah mengadakan perbincangan bagi usaha ini adalah pasukan belia kelab Thai BG Pathum United dan kelab Malaysia Johor Darul Takzim.



Rafi berkata bahawa kehadiran pasukan luar negara ini akan dapat membantu memulihkan liga setempat tetapi pada akhirnya, Singapura harus berdiri pada bakatnya sendiri.



Bekas pemain midfield Geylang United, Tampines Rovers dan SAFFC itu menambah:



"Nasihat saya kepada pemain masa kini adalah masuk ke padang dan menjadi yang terbaik. Dorong diri anda untuk memberikan yang terbaik.



"Saya fikir kerana standard liga kita kekal sama selama beberapa tahun, pemain tidak tahu apa penanda aras mereka. Tiada siapa yang mendorong mereka. Jadi, pemain harus mendorong satu sama lain.



"Mereka harus tahu bahawa ia adalah tanggungjawab mereka untuk membawa standard bola sepak (dalam liga) sebab pemain muda memandang tinggi pada mereka. Mereka ada peranan untuk dimainkan."



Aide pula berkata bahawa pemain ini harus berasa bersyukur dapat bermain bola sepak secara profesional di Singapura.



"Tetapi, apa yang kurang adalah keberanian mereka untuk menyasar lebih tinggi… Setiap daripada mereka mesti sedar bahawa tempoh mereka dalam bola sepak sangat pendek dan tidak harus mensia-siakan peluang yang ada.



"Matlamat sebenar mereka sepatutnya untuk bermain di Eropah. SPL adalah platform yang baik (untuk berbuat sedemikian). Tetapi, untuk anda mencapai sasaran itu, anda harus beraksi dengan baik dalam platform anda," kata bekas pemain bek tengah itu.



Satu lagi kritikan Aide mengenai pemain SPL adalah tahap kecergasan mereka.



Aide, yang pernah menyarung jersi Home United, Tampines Rovers dan Geylang United, menambah: "Saya tidak berbual tentang keupayaan untuk berlari 10 atau 20 kilometer. Ia mengenai tahap intensiti untuk memberi tekanan pada lawan dan semasa beralih ke serangan atau pertahanan ketika menang atau hilang bola. Saya fikir perkara itu boleh diperbaiki.



"Saya sentiasa menjadi penyokong kuat untuk mempunyai jurulatih kecergasan yang bagus untuk melatih pasukan. Jika tiada jurulatih kecergasan yang baik, saya tidak rasa pasukan dapat bermain di tahap maksimum."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >