Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sikap rasis masih berleluasa, bintang Brazil jadi mangsa

Sep 29, 2022 | 5:30 AM
DUA PENJARING GOL JADI SASARAN PERKAUMAN: Richarlison (atas), dibaling pisang dan Neymar diganggu dengan pancaran laser semasa Brazil menentang Tunisia dalam perlawanan persahabatan di Paris. Brazil menewaskan Tunisia 5-1. - Foto REUTERS/AFP
DUA PENJARING GOL JADI SASARAN PERKAUMAN: Richarlison (atas), dibaling pisang dan Neymar diganggu dengan pancaran laser semasa Brazil menentang Tunisia dalam perlawanan persahabatan di Paris. Brazil menewaskan Tunisia 5-1. - Foto REUTERS/AFP -

PARIS: Richarlison dibaling pisang oleh penyokong ketika Brazil menumpaskan Tunisia 5-1 dalam aksi persahabatan di Paris, di mana Neymar menjaringkan gol untuk melangkah kian hampir dengan rekod jaringan Pele untuk juara dunia lima kali itu.

Aksi di Parc des Princes turut dihenti seketika apabila penonton diberi amaran sebanyak dua kali supaya tidak mengganggu pemain-pemain Brazil dengan pancaran laser.

"Malangnya, pisang turut dibaling ke atas padang kepada Richarlison, penjaring gol kedua Brazil.

"CBF menentang keras unsur rasis dan tidak dapat menerima sebarang tindakan prejudis," kata Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) di Twitter.

Brazil menguasai babak pertama perlawanan terakhir mereka di tempat lawan sebelum bertandang ke Qatar untuk memburu gelaran keenam Piala Dunia.

Raphinha meledak gol dua kali di Parc des Princes manakala Neymar kini hanya ketinggalan dua gol di belakang Pele dalam persaingan menjadi penjaring gol terbanyak dalam sejarah bagi Brazil.

Richarlison turut menemui sasaran dan penyerang Tottenham itu meraikannya di hadapan penyokong Tunisia, yang bertindak balas dengan membaling cawan plastik dan pisang ke arahnya.

Fred menendang pisang keluar dari padang, sebelum pengawal keselamatan tambahan mengambil alih keadaan di tepi padang.

Keadaan menjadi buruk bagi Tunisia sebelum separuh masa apabila Dylan Bronn menjatuhkan Neymar dan dilayangkan kad merah selepas pertengkaran singkat di antara kedua-dua pasukan.

Tunisia menunjukkan prestasi lebih baik selepas rehat tetapi Brazil mampu menjaringkan gol lagi ketika berbaki 16 minit menerusi jaringan sulung penyerang Flamengo, Pedro untuk negaranya.

"Ia memalukan, sukar diterima melihat insiden ini. Malangnya sukar untuk mengubah mentaliti sesetengah orang.

"Malang sekali kami gagal ubah mentaliti orang ramai. Saya harap mereka menyedari keburukan tindakan mereka. Mereka perlu berubah," kata kapten Brazil, Thiago Silva yang pasukannya bergambar sebelum perlawanan bersama sepanduk bermesej anti perkauman.

Brazil kendalian Tite akan membuka saingan Kumpulan G Piala Dunia menentang Serbia pada 24 November nanti.

Selecao juga mempunyai prestasi baik dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah sejak tewas kepada Argentina pada final Copa America tahun lalu. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg