Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Silat: Seni regu wanita rangkul emas bersejarah Singapura di Sukan SEA

May 07, 2023 | 05:58 PM



PHNOM PENH: Singapura menggondol pingat emas bersejarah di Sukan SEA 2023 apabila pasukan silat wanita negara muncul  juara buat julung kalinya bagi acara seni regu puteri di temasya sukan itu.



Dalam perlawanan akhir mereka di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Ahad (7 Mei), persembahan Singapura dinilai 9.955 mata - cukup untuk menewaskan pasukan Brunei (9.925 mata).



Pingat perak dalam Sukan SEA 2015 di Singapura adalah prestasi terbaik negara bagi acara itu.



Pasukan seni wanita Singapura, yang terdiri daripada Iffah Batrisyia Noh, Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin, merupakan juara Kejohanan Asia Tenggara, Asia dan Dunia pada 2022.



Dalam pada itu, pemenang pingat emas Sukan SEA 2021 dan juara dunia, Iqbal Abdul Rahman terpaksa berpuas hati dengan gangsa.



Pesilat berusia 30 tahun itu, yang mendapat 9.935 mata, mengalami kekalahan mengejut di tangan pesaing tuan rumah, Soem Sokdevid dari Kemboja (9.955 mata) dalam separuh akhir seni tunggal putera.



Srikandi seni tunggal Singapura Nazurah Yusoff pula menebus kekecewaan dalam edisi Sukan SEA yang lalu dengan membawa pulang pingat gangsa pertamanya.



Beliau kalah tipis kepada pesilat Indonesia, Puspa Arum Sari, yang memungut 9.975 mata dalam separuh akhir. Persembahan Nazurah mendapat 9.970 mata.



Sehingga hari kedua persaingan silat di Sukan SEA 2023, skuad Singapura telah merangkul satu emas dan dua gangsa.



Medan pertarungan acara tanding bermula pada 8 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >