Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Simona Halep tewas dalam perlawanan pertama selepas penggantungan 18 bulan

Pemain dari Romania itu tersingkir di tangan pemain Sepanyol, Paula Badosa,
dalam pusingan pertama kejohanan Terbuka Miami
Mar 20, 2024 | 12:27 PM



MIAMI: Pemain tenis Romania, Simona Halep, terpaksa menggigit jari sekembalinya daripada digantung ekoran menyalahgunakan bahan terlarang.


Beliau tewas 1-6, 6-4, 6-3 pada 19 Mac di tangan pemain Sepanyol, Paula Badosa, dalam pusingan pertama kejohanan Terbuka Miami.

Dengan itu, Badosa mara ke pusingan kedua dan bakal berentap dengan pemain Belarus, Aryna Sabalenka, dalam apa yang dijangkakan perlawanan penuh emosi.

Halep pula menjadi pemain tumpuan dalam kejohanan kali ini selepas penggantungan empat tahun yang dikenakan ke atasnya disingkatkan kepada sembilan bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Namun, tumpuan tersebut beralih pula kepada Sabalenka selepas teman lelaki pemain nombor dua dunia itu, Konstantin Koltsov, meninggal dunia dalam apa yang disifatkan polis pada 19 Mac sebagai tindakan bunuh diri.

Koltsov merupakan bekas pemain hoki ais profesional asal Belarus.

Hantaran di media sosial menunjukkan Sabalenka bertungkus-lumus dalam sesi latihan di gelanggang latihan Stadium Hard Rock dan beliau dijangka beraksi menentang Badosa pada 21 atau 22 Mac.

Awal dari itu, Halep memaparkan prestasi yang amat goyah menentang Badosa setelah 18 bulan tidak bersaing dalam permainan.

Ini merupakan perlawanan pertamanya sejak kekalahan pusingan pertama dalam Terbuka Amerika Syarikat 2022.

Sungguhpun demikian, ketangkasan masih jelas ada pada pemain berusia 32 tahun itu, yang menduduki tangga ke-80 dunia wanita.

Berhubung kematian teman lelaki Sabalenka pula, jabatan polis Miami-Dade mengesahkan pada 19 Mac bahawa mereka menerima panggilan dari pusat peranginan Miami mengenai seorang lelaki yang terjun dari balkoni.

Dalam satu kenyataan, polis menyatakan: “Pada 12.39 pagi, Polis Bal Harbour dan Penyelamat Bomba telah dihantar ke St. Regis Bal Harbour Resort berhubung seorang lelaki yang terjun dari balkoni.

“Jabatan Polis Miami-Dade, Biro Pembunuhan, bertindak balas dan telah mengambil alih siasatan terhadap kes bunuh diri Konstantin Koltsov. Tiada serangan berunsur khianat telah disyaki.”

Koltsov, 42 tahun, bermain untuk pasukan kebangsaan Belarus bagi Sukan Olimpik 2002 dan 2010 sebagai penyerang.

Beliau menghabiskan sebahagian daripada tiga musim dengan pasukan Pittsburgh Penguins di Liga Hoki Kebangsaan antara 2003 dengan 2006.

Menurut majalah People, desas-desus berkenaan Sabalenka dan Koltsov timbul sekitar Jun 2021, dan Sabalenka kerap menyiarkan foto mereka bersama di akaun Instagram miliknya.


Koltsov turut memuji Sabalenka selepas beliau memenangi kejuaraan Terbuka Australia kedua secara berturut-turut pada Januari.

Dalam satu hantaran, Sabalenka berkata: “Saya sayang awak @koltsov2021. Selamat hari lahir sayangku.


“Andalah orang yang saya sayangi, kawan baik saya dan sokongan terkuat saya. Semoga anda tenang, sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan. Saya harap kami akan mempunyai semua yang telah dirancang (bersama). Saya sayang awak.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >