Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Singa adakan kem latihan 10 hari di Dubai 8-17 Nov

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

PERSIAPAN PIALA SUZUKI

Singa adakan kem latihan 10 hari di Dubai 8-17 Nov

Anak didik jurulatih Yoshida berpeluang pertingkat prestasi apabila turun menentang pasukan lebih handal dalam 2 pertarungan persahabatan
Nov 03, 2021 | 05:30 AM

PASUKAN bola sepak nasional akan mengadakan kem latihan 10 hari di Dubai dari 8-17 November ini, sebagai persiapan mengharungi Piala AFF Suzuki.

Pertandingan tersebut dijadual berlangsung di Singapura dari 5 Disember hingga 1 Januari.

Dalam kenyataannya semalam, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata anak didik Tatsuma Yoshida akan ke luar negara untuk beraksi dengan lawan yang handal.

Pada 11 November, mereka akan bertemu Kyrgyzstan - yang menduduki tangga ke-96 dalam ranking dunia - dalam perlawanan persahabatan antarabangsa rasmi sebelum bertemu pasukan 'A' dari Maghribi dalam perlawanan persahabatan tidak rasmi.

Pasukan nasional Maghribi menduduki tangga ke-29 dalam ranking antarabangsa, tetapi pasukan 'A' Maghribi yang akan ditemui Singapura akan dibentuk pemain yang berpangkalan di negara itu.

Yoshida, yang pasukan pimpinannya menduduki tangga ke-160 Fifa, berkata beliau menghargai usaha pemerintah dan FAS untuk mengatur kem latihan di luar negara dan kededua perlawanan persahabatan itu di tengah-tengah pandemik ini.

Pasukan nasional yang akan berangkat dari Singapura minggu depan kesemuanya telah divaksin sepenuhnya dan tidak perlu menjalani kuarantin setibanya di Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun, kerana negara di Timur Tengah itu tidak termasuk dalam skim laluan bagi orang yang sudah divaksin (VTL), adalah difahami, anggota pasukan perlu mematuhi jadual pergerakan yang dikawal sekembalinya ke Singapura.

Ini serupa dengan aturan selepas mereka beraksi dalam tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia di Arab Saudi pada Jun lalu, di mana mereka diletakkan dalam gelembung perjalanan yang membenarkan mereka meneruskan latihan semasa dikuarantin.

Yoshida berkata:

"Kem ini membuka peluang kepada kami beraksi menentang lawan antarabangsa, suatu yang amat penting dalam persiapan kami.

"Saya berharap tahap permainan yang lebih tinggi akan membantu kami mempertajam prestasi pasukan.

"Sebahagian pemain yang akan menyertai kami di Dubai, seperti Safuwan (Baharudin, di Malaysia) dan Ikhsan (Fandi, di Norway) tidak bersama kami hampir dua tahun dan kami ingin mereka menyertai skuad semula.

"Di Dubai, kami boleh menilai keadaan mereka dan memberi peluang bagi pasukan mempererat hubungan, berlatih dan bermain bersama selama 10 hari."

Pasukan nasional telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama juara lima kali, Thailand, Myanmar, Filipina dan Brunei atau Timor Leste.

Kumpulan B pula dianggotai juara bertahan Vietnam, Malaysia, Indonesia, Laos dan Kemboja.

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3