Premium
Singa akan main empat pertandingan persahabatan
Langkah persiapan menjelang Piala Suzuki Persatuan Bola Sepak Asean 9 November
Aug 2, 2018 | 5:30 AM
BUAT PERSIAPAN: Pasukan negara pimpinan Fandi Ahmad bakal adakan empat perlawanan persahabatan tidak lama lagi. - Foto BH oleh DESMOND FOO -
PASUKAN nasional Singapura akan bermain dalam empat pertandingan persahabatan sebagai persiapan menjelang Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean, yang dijadual bermula 9 November ini.
Skuad Singa, di bawah jurulatih nasional sementara, Fandi Ahmad, akan berhadapan dengan Mauritius pada 7 September; Fiji (11 September); dan Mongolia (12 Oktober) di Stadium Bishan, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kelmarin.

