Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Singa akan temu Thailand, Myanmar dalam Piala Suzuki

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak nasional akan bertemu juara lima kali Thailand dalam Kumpulan A Piala Suzuki Persekutuan Persatuan Asean (AFF) pada Disember ini.



Hariss Harun dan rakan sepasukannya juga akan bertemu dengan Myanmar dan Filipina serta pemenang perlawanan kelayakan antara Brunei dengan Timor Leste.



Ini selepas pasukan-pasukan dari Asia Tenggara itu dibahagikan kepada dua kumpulan dalam majlis undian yang diadakan semalam.



Juara bertahan dari 2018 Vietnam pula akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dalam Kumpulan B, bersama Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.



Berbeza dengan edisi pada 2018 itu di mana perlawanan diadakan di beberapa negara, pertandingan tahun ini yang dijadualkan antara 5 Disember dengan 1 Januari, dijangka diadakan di satu negara sahaja.



Difahami, Singapura dan Thailand antara pilihan utama untuk menganjurkan pertandingan itu.



Presiden AFF Khiev Sameth berkata penganjur pertandingan itu sedang berada dalam peringkat terakhir proses pemilihan dan negara yang dipilih sebagai tuan rumah akan diumumkan dalam beberapa minggu lagi.



Menambah, Khiev berkata Piala Suzuki adalah peluang untuk meraikan tekad penduduk di wilayah ini untuk mengatasi Covid-19 dan peluang terbaik untuk menunjukkan perpaduan Asean dalam masa-masa yang sukar ini.



Singapura, yang sejak 1998 telah memenangi pertandingan ini sebanyak empat kali adalah negara kedua paling berjaya dalam sejarahnya, di belakang Thailand.



Ia telah memenangi kejuaraan tersebut pada 1998, 2004, 2007 dan 2012.



Namun, pasukan bola sepak nasional gagal menyerlah selepas tempoh itu.



Ia tersingkir dari peringkat kumpulan dalam tiga edisi berturut-turut, pada 2014, 2016 dan 2018.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >